Tips untuk dapatkan kulit yang halus cantik dan menawan mudah je. Sekurang kurangnya kita kena minum air 2-3 liter air masak setiap hari sebabnya sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus.

Kalau kita kekurangan air, kulit akan letih dan dehidrasi/kering. Disebabkan kekurangan air jugak kulit akan menjadi kusam dan tak bermaya.Dan minum air masak secara konsisten.

Hari tu saya dah share cara untuk minum air 3 liter sehari di rumah kan. Pada mulanya memang benda ni akan nampak susah sebab kita dah terbiasa minum air manis ni kan.

Okay, jom cuba Tips untuk dapatkan kulit yang halus cantik dan menawan ni pulak. Kita merangkumi masa seharian kita untuk cukupkan kadar 2-3 liter air masak. Bukan air manis ye.

Tips untuk dapatkan kulit yang halus cantik dan menawan
Credit Image : google

Tips untuk dapatkan kulit yang halus cantik dan menawan

1. Bangun tidur

Sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak sebanyak 250ml
Selepas mandi, sembahyang Subuh dan siapkan apa yang patut, minum segelas air masak  250ml lagi dan breakfast lepas tu baru keluar rumah pergi kerja atau kelas.

2. Sebelum makan tengahari

Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 1 liter sebelum makan tengahari

3. Selepas makan tengahari

Minum 1 liter selepas makan tengahari

4. Balik kerja atau balik kelas

Balik kerja atau balik kelas minum 250ml.

5. Sebelum tidur

Sebelum tidur minum lagi 250ml.

Rasanya jadual macam ni sangat berkesan untuk cukupkan minum 3 liter air. Mudah je kalau nak konsisten pun.Kesannya pun bagus kan. Sediakan 1botor air 1 liter untuk lebih memudahkan kerja.

Bila kulit sihat halus cantik menawan kita akan dapatkan kurangkan maintenance penjagaan kulit ni kan? Kalau nak lebih berkesan extra halus cantik menawan boleh je consume any supplement produk untuk kulit. Tepuk dada tanya selera.

Notapink : Minum air masak jugak dapat membantu kita dalam proses diet.Nak kurus,nak cantik ka?Minum Air masak!