Fashion Wak Doyok

Fashion Wak Doyok yang kini menjadi trend fashion terkini yang makin menular di Malaysia. Siapa yang tak kenal Wak Doyok seorang lelaki yang bermisai lentikberjanggut dan berjambang tebal tu kan. 

Wak Doyok yang semakin popular sekarang menampilkan gaya maskulin Era Inggeris 60-an yang berbeza berbanding dengan kebanyakan gaya lelaki lain. Bagi yang tak mengenali Wak Doyok, meh sini nak cerita sikit pasal jejaka kacak bergaya ni.

Siapakah Wak Doyok?

Mungkin hanya segelintir je yang mengenali nama Tengku Muhammad Azwan Shah, tapi  kalau sebut je "Wak Doyok"mesti korang kenal.

Bukan setakat terkenal di Malaysia, malah Singapura, Indonesia, Jepun termasuklah pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish) di Eropah pun kenal dengan nama Wak Doyok.

Wak Doyok merupakan seorang graduan dalam bidang kejuruteraan dari salah sebuah universiti di Jerman, mdan mula terbabit dalam bidang fashion sejak 1996 lagi dan bergerak secara ‘underground’. Wak Doyok mula menggemari fesyen sekitar 1992 di mana ketika itu dia meminati fesyen Skinhead.

Fashion Wak Doyok

Wak Doyok telah memperkenalkan jenama The Garment miliknya dan rekaannya berdasarkan falsafah Mods dengan Vespa dan Lambretta termasuk kecenderungan muzik yang berasal dari era 60an seperti ska, soul dan motown, yang menjadi pilihan pengamal Mods

Dalam misi memperbesarkan jenama The Garment pula, ramai rakan menggalakkannya terbabit dalam bidang fesyen secara ‘mainstream’ berbanding secara ‘underground’ memandangkan permintaan yang tinggi daripada pengikut dia sendiri.

Antaranya kumpulan yang berkait rapat dengan Mods ini antaranya The Who, OCS, The Ronnettes dan The Supremes.

Fashion Wak Doyok

The Garment sebelum dikenali di Malaysia, pengamal fesyen Mods di Britain, Jepun, Singapura dan pelbagai negara lagi sudah lama memakainya. Cuma baru sekarang mendapat permintaan daripada penggemar fesyen tempatan.Fashion army juga menjadi trend sekarang!

Fashion Wak Doyok

Selain itu, Wak Doyok menawarkan khidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai. Antara selebriti yang sering bekerjasama dengan Wak Doyok ialah Ameer Forteen, Pretty Ugly, Karl Shafek dan beberapa nama lagi.

Fashion Wak Doyok

Wak Doyok melihat orang bergaya dan ingin membantu orang di luar sana yang ingin berfesyen dan melihat kerjaya ini sebagai satu bidang yang boleh membantunya memberi sumbangan kepada komuniti khususnya mereka yang menghargai dan mengikuti perkembangan diri dia.

Fashion ni pulak nampak kemas dan of course sangat bergaya untuk mereka yang berbadan kurus macam ni.

Credit Image: google