Cara Bunuh Nyamuk Di Sekitar Rumah dengan berkesan adalah dengan cara DIY menggunakan bahan dan cara yang mudah. Kalau nak tahu berkesan ke tidak, sila cuba.

Cara Bunuh Nyamuk Di Sekitar Rumah


Cara Bunuh Nyamuk Di Sekitar Rumah

Bahan-bahan

• 200 ml air
• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar

Cara-cara

1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam potongan bawah botol.
3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.
4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.

Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol. Selamat mencuba. At least kita boleh prevent dari gigitan nyamuk yang boleh membawa penyakit denggi dan sebagainya.

Credit : Sumber fb