Februari 2026 | Balik dari Wetland Studios Putrajaya, makan dulu sebelum balik hotel. Sambutan ringkas makan malam sempena birthday. Tak ada yang fancy, sekadar makan malam macam biasa.
Kami pilih untuk makan di Secret Recipe Putrajaya Jalan Diplomatik sebab nak membeli Kenangan Coffee kat situ sekali sebelum balik hotel.
Ruang makan di sini agak kecil sedikit. Masa tu pula hujan lebat turun. Tak ada pilihan meja lain, duduklah di kerusi yang mejanya dekat dengan pintu. Agak kurang selesa sikit sebab pelanggan keluar masuk ikut pintu tu.
Bila dah duduk saya rasakan macam ada satu bau yang kurang enak dalam premis ni. Macam bau kain lembap. Bau kain yang dilap kat meja ke? Ke bau dari dapur? Air ventilation tak okay kot. Dia macam kejap bau kejap tak macam tu.
Mungkin juga bauan dari luar kalau orang buka pintu. Hmm..abaikan je lah.
Order dengan scan QR code di meja. Semasa menunggu, sampailah keropok ikan yang akan dimakan dengan nasi goreng.


Nasi goreng seafood dengan sate pilihan saya. Rasa lapar nak makan nasi, pesan nasi goreng je lah. Nasi gorengnya sedap cukup rasa. Cuma tang satenya failed. Tengok pun tahu kering dan tak juicy. Kalau dah kering gitu, susah jugalah kita nak gigit dan kunyah. Keras sikit.



22 تعليقات
ok jer kelam kabut dan tak fancy pun...it's about moment that we spent together dgn yg tersayang
ردحذفAlhamdulillah..Kita raikan bersama dengan orang yang tersayang.
حذفKalau tak silap keropok ikan tu complimentary sebab each time kami dine in akan dapat.
ردحذفOh ye? Ni first time dapat keropok ikan. Selama ni dicawangan lain tak pernah dapat pulak.
حذفSR gelas dia srandard kan.? Baru tau ada tinggi ada rendah eh ke ikut air yg kita order kot eh haha lupa plak kita
ردحذفMacam rasa tak standard pulak KakRet. Haritu masa kat Seremban dia hidang gelak pendek tu je. Mungkin jugaklah kot kan ikut jenis air yang kita order.
حذفWah, Secret Recipe memang selalu jadi pilihan kalau ingin menikmati makanan sambil bersantai. Selain kuenya yang terkenal, menu makanan utamanya juga terlihat menggugah selera. Senang membaca ulasan yang lengkap beserta fotonya, jadi semakin tertarik kalau suatu saat berkunjung ke cabang di Putrajaya. Terima kasih sudah berbagi pengalaman.
ردحذفYa, banyak pilihan menu yang sedap-sedap menyelerakan. Sama²
حذفKopi pasti tak lupa erk.
ردحذفYe, mesti ada wak. hihi...
حذفAih? Sate 2 cocok pun tak habis?
ردحذفKalau uncle tak cukup! Hahahah
Itulah tu. Bukan apa, sate tu liat dan keras. Saya pakai braces, struggle sikit nak makan. huhu...
حذفNanti di sana saya hrs ke SR memang 😍😍. Dah lamaaa sangat tak makan sini. Padahal dulu saat dating dengan suami, paling sering ke SR di JKT. Sebelum tutup semua cabang. Nanti nak coba lah ayam buttermilk di sana 😄. Kliatan sedap memang kak
ردحذفSinggah tau jangan tak singgah. Boleh cuba ayam buttermilk.
حذفJuadah istemewa di Putrajaya..alhamdulillah..
ردحذفAlhamdulillah...
حذفIt's okay ada juga kenangan utk diingati wpun agak kelam kabut :)
ردحذفAlhamdulillah..Jadilah buat kenangan bersama gitu kan. hihi...
حذفHepi besday buat Fiza..
ردحذفSis lama juga tak makan di SR.. entahlah takde geng yang suka makan di sini dan tak tau kenapa geng tak suka makan di sini hahahaha
Terima kasih SisLin. Sekarang dah banyak pilihan cafe dan resto. Itu yang jarang kot orang makan kat SR.
حذفpotong mood sikit kan bila masuk kedai ada bau kurang enak, nasib baik makanan tetap sedap terutamanya nasi goreng tu
ردحذفMujurlah masih boleh tahan lagi. Kalau tidak, nak makan pun selera dibuatnya.
حذف