Mei 2026 | Nampak Bambina ada keluarkan baju baru lagi iaitu Kalthum Merona series untuk Hari Raya Aidiladha. Kita pun tak lepaskan peluang lah beli sepasang. Kena grab awal, kalau tidak melepas. Rezeki saya dapatlah grab warna mocha.
Ada 3 warna iaitu mocha, white dan ruby. Sebenarnya nak warna ruby tu. Cantik macam maroon merah gitu. Tapi dah habis. Cepat betul korang membeli ye. Takpelah, saya beli warna mocha pun boleh.
Bungkusan baju dalam beg kain linen macam sampul surat. Suka beli baju dari Bambina ni. Design exclusive, material pun best. Ini koleksi kelima baju kurung Kalthum.
Warna mocha, dark chocolate dengan polka dot warna putih ke krim entah ek. Material lebih kurang macam Bambina awal kurung yang saya beli awal tahun haritu. Polka dot yang ni agak besar sikit. Dia macam warna sama, switch je warna background dan polka dot tu kan.

Kain dia agak tebal tapi flowy. Macam biasalah dapat poskad Bambina, care instruction dan juga sticker. Ohh baru perasan tahun ni tak dapat sampul duit raya Bambina. Beli baju haritu pun tak dapat.

Design baju kurung sama dengan yang saya beli sebelum ni. Tepi lengan baju, belahan dan tepi bawah baju ada sulam inspired dari bunga lawang. Baju kurung yang cantik dan selesa di pakai. Tunggu next entry lah ye.
30 تعليقات
cantiknya
ردحذفCantik, kan!
حذفTak pernah dengar brand baju ni. Colorblast pun ada guna nama baju kalthom tu.
ردحذفOhh..Mungkin brand lain juga ada guna nama Kalthom or Kalthum
حذفYang penting selesa dipakai
ردحذفBetul tu wak.
حذفRoughly berapa harga baju brand ni Fiza? Suka tengok design dan packaging nya
ردحذفUntuk baju ni masa saya beli harga dia RM349
حذفbetul-betl fiza throwback entry ye.
ردحذفcepat, tak syabar nak tengok fiza dgn outfit tu.
Tulah tu, lama sangat tak update blog kan. Jauh tercampak.
حذفDah update dah. hihi
'musim' polkadot dah kembali ;-) sy igt lg dulu org gelak2 tgk kite pakai bj polkadot...
ردحذفYa..kembali trending sekarang. Ooo ye? Tak tahu pula ada orang gelak kalau kita pakai polkadot.
حذفCantik design dia....harga pun boleh tahan...kalau beli untuk special occasion atau untuk raya ok kan...
ردحذفYa, harga boleh tahan mahal juga. Sebab material dan sulaman tepi tu. Betul tu kak. Sesuai sangat.
حذفcomelnya.. linda suka tau corak gini...tapi, suami selalu menghampakan kita dan menjadikan kita tak jadi nak beli.. hahaha
ردحذفHahaha. Kita pulak cepat sentap. Terus hilang mood nak membeli. Faham sangat perasaan tu. huhu...
حذفSkarang tgh trend corak polkadot
ردحذفYe betul! Kembali trending.
حذفCute laa pulak baju dot dot ekkk.. Sis pun pestime dengar brand ni, nanti boleh usha-usha nengokkk
ردحذفHaa nanti bolehlah tengok kot berkenan. hihi...
حذفsaya tgh aim nak beli bj corak polkadot sbb berkenan my ex PA punya baju raya
ردحذفBolehlah beli satu nanti buat koleksi. Kalau tidak teringat-ingat nanti. hihi...
حذفDesember esok, harus cari baju kurung juga 😍😍. Mumpung di KL. Kemarin nak cari, dah dapat padahal, tp ntah kenapa ragu . Padahal cantiiiik sangat model bajunya. Size S pun tingal 1. Menyesal. Memang lebih bagus, menyesal Krn beli drpd menyesal tak beli 🤣🤣
ردحذفCari jangan tak cari Fanny. Survey dulu di online. Nanti tinggal beli je. Kalau tak confident kena fitting dulu. Alahaii kalau saya pun menyesal tak beli. Baik beli daripada menyesal tak beli. kann..
حذفwah corak polkadot. tema2 retro dah ni!
ردحذفCorak retro yang evergreen timeless gitu kan.
حذفCantik design baju ni
ردحذفKannn..Comel je polkadot.
حذفmesti selesa sebab nampak banyak kali dah Fiza repeat brand yg sama.
ردحذفYe, selesa sangat. Tu yang berkali-kali beli. hihi...
حذف