Januari 2026 | Birthday anak buah (kakak) sebelah keluarga Encik suami pada 1 Februari. Ibunya kata, kakak request nak ajak kawan-kawan datang rumah sempena birthday dia nanti. Ibunya pun setuju lah, buat makan-makan sekali macam tu.
Biasanya kita-kita je sekeluarga. Ini kalilah kita tunaikan permintaan dia. Lepas tu dia ada request sekali goodies bag sebab kawan-kawan dia minta goodies katanya. Halah halah, macam-macam mintaknya. Dah besar, darjah 2 dan dah ramai kawan. Begitulah cerita dia.
Okaylah okaylah selaku Pak Ngah dan Mak Ngah yang baik hati menurut permintaan kakak. Eh, terpuji diri sendiri pula. Ambil tugas sediakan goodies bag dan juga beli belon ikut tema yang dia nak.
Pening juga tak tahu nak bagi apa untuk budak-budak kan. Nak bagi makanan ke jajan je macam tak sesuai, nanti mak ayah dorang complaint pula bagi makanan bukan-bukan. Baiklah kita bagi alat tulis je. Senang cerita.
Kami berdua pergilah Eco-Shop survey apa yang patut kami beli. Kami beli set mewarna warna air dengan bag berzip tema capybara. Beli juga pensel warna tambah letak dalam beg berzip tu. Beli juga paper beg dengan tulisan happy birthday.


Okay selesai bab beli barang untuk goodies bag birthday kakak. Semua letak dalam satu beg ni. Tak rugi juga beli beg set mewarna ni. Dapatlah juga dorang gunakan nanti letak alat tulis.


14 تعليقات
Tangan kakak memang berseni lah 👍👍👍. Baguuus hasil nya, anak2 pasti sukaaa.
ردحذفDulu saat anak saya masih kecil, birthday minta dirayakan, lalu ada goodies ... Yg penting buat mereka ini memang goodies. Itu yg paling ditunggu dan birthday cake 😄
Kita buat yang mudah-mudah je Fanny. Itulah tu, goodies tu penting nak bagi kawan-kawan. Dorang happy, kita pun turut happy.
حذفcomel hadiah
ردحذفComel kan. Sesuailah untuk kanak-kanak.
حذفBagus juga bagi set mewarna. Budak2 boleh explore kreativiti masing2 melalui seni.
ردحذفYa, betul. Dapat juga guna untuk sekolah.
حذفWaaa mesti bebudak suka ni, banyak goodies dalam bag tu..
ردحذفMereka suka sangat. Itu yang ditunggu-tunggu.
حذفwaa cute sgt goodies ni!
ردحذفCute sesuailah kan untuk budak-budak.
حذفNice goodies bag.Berguna ni =D
ردحذفYa, semoga berguna untuk mereka.
حذفBest la Pak Ngah ngan Mak Ngah ni...Comel dan kemas betul hasil goodies bag yang Fiza buat ni. Siap ada tag happy birthday ikat riben lagi, nampak sangat eksklusif walaupun barang beli dekat Eco-Shop je. Kreatif betul! Mesti seronok kakak dengan kawan-kawan dia masa dapat goodies bag ni nanti.
ردحذفKita buat happy budak budak je kak. Janji ada gitu. Dorang seronok, kita pun seronok. hihi...
حذف