Mac 2026 | Selesai urusan appointment Encik Suami di KPJ, kita ke Senawang pula urusan appointment gigi saya pula untuk monthly braces review. Bulan mac 2026 dah setahun 9 bulan saya pakai braces. Kejap je rasa.
Lepas daftar, sign consent dan pilih getah O-ring macam biasa. Warna favourite blackcurrent tak ada, ada dua warna pilihan yang biasa saya pilih. Nak maroon ke hitam ek? Ambil juga jugalah fikir kat situ nak merah ke hitam. Sukarnya membuat pilihan.

Sudahnya pilih hitam jugalah. Dah malas fikir dah tu. Dokor kata, gigi cik ni dah okay dah. Tak ada lagi nak dibetulkan. Boleh buka 2-3 bulan lagi. Nak buka bulan depan atau bulan lagi satu pun boleh. Kalau nak buka bulan lagi satu, bulan depan datang untuk monthly review macam biasa.
Kalau bulan depan, masih ada baki RM100 lagi. Nanti kena bayar sekali dengan retainer + denture. Takpa, cik fikir dulu nanti inform je. Okay baik doktor.

28 تعليقات
Janji gigi kita straight dan sihat ya. Tak kira la tua ke muda ke.
ردحذفBetul betul. Janji sihat gitu boleh mengunyah makanan gitu.
حذفHi Fiza, lama betul tak melawat blog ni..Lepas ni gigi lebih cantik dan tersusun la kan
ردحذفHi kak Eda. Ehh lamanya tak berbalas komen. Terima kasih kak sudi datang. Nanti saya singgah kembali.
حذفAlhamdulillah...
Tak paham uncle cara memakainya
ردحذفTakpe uncle. Tak yah pening-pening fikir. hihi...
حذفSeronok baca perkembangan braces Fiza. Walaupun kena berulang-alik temujanji bulanan, tapi bila tengok progress gigi makin cantik, terus rasa berbaloi kan! Semoga urusan rawatan gigi Fiza dimudahkan dan cepat-cepat dapat 'grad' braces tak lama lagi!
ردحذفAlhamdulillah..seronok tengok progressnya.
حذفAamiin..Terima kasih ma'am.
Rapiiiii sangat gigi kakak 👍👍. Putih pun iyaaa. Tak sabar pasti nak buka kan. Dulu saya juga sempat pakai retainer sampai beberapa bulan setelah lepas braces. Masa adaptasi lah saat itu 😄. Setelah itu baru betul2 lepas. Tp saya tak ada harus pakai gigi palsu, walaupun ada dicabut beberapa gigi. Mungkin Krn gigi yg ada langsung bergeser. Tak paham juga lah 😄. Lagipun saat itu saya masih zaman sekolah pakainya
ردحذفAlhamdulillah..much better Fanny. Tak putih sangat in real. Putih kekuningan tu tanda gigi yang sihat act. Risau pula nak kena pakai retainer lepas tu. Ada satu ruang je tak pelru gigi palsu sebab dah rapat. Yang lain dah tak boleh nak tarik dah kot. Apa pun kita ikut plan doktor.
حذفalhamdulillah tak lama lagi dah nak 'graduate' braces! Bestnya perasaan bila doktor beritahu gigi dah kemas dan tunggu masa nak buka je. Bab retainer dan gigi palsu tu nanti pelan-pelan adapt ya. Semangat Fiza
ردحذفAlhamdulillah...Itulah tu, kena adapt dengan dunia retainerlah pulak nanti. hihi...
حذفCantik dan tersusun elok gigi Fiza. Betul² kena ada komitmen masa nak followup monthly jumpa doktor. 2 tahun kan..
ردحذفAlhamdulillah...syukur dengan hasil progressnya. Ya, kena ada masa dan kos rawatan juga. Ya, betul.
حذفSis takde pengalaman buat braces ni, tapi dulu pernah teringin nak buat tapi ramai kata sakit aduii tak jadi nak buat.. trauma bab gigi ni .. sebab dh ada pengalaman cabut gigi dulu ,... takuttt
ردحذفSakit awal-awal je sebab tak biasa lagi kan. Monthly tu sakit sekali sebulan je lah. Itupun kejap. Then bergantung pada rawatan. Pada saya, pakai elastic band tu agak sakit sikit pada mulanya. huhu..Cabut gigi tu memang sakit ya amat walaupun dah bius. Bius hilang, datang sakitnya tu.
حذفAnak solehah kata terasa tegang pada gusi dan bahagian mulut. Terus tak jadi buat hehe.
ردحذفMaksudnya dah pakai lepas tu tanggalkan ke? A'ah dia rasa tegang dan sakit sikit.
حذفOh ada kena guna gigi palsu juga. Ingat selalu gigi tak tersusun, cabut dan pasang braces untuk rapatkan yang kosong.
ردحذفApapun tq kongsi maklumat. Macam sekejap sahaja proses.
Dalam kes saya ni kena pakai. Satu side je dah rapat. Mungkin dah tak boleh nak rapat lagi ada kesan lain kot. Kena ikut cakap doktor je lah.
حذفSama-sama. Ye, kejap je rasa.
Yeaaayyy.... berkat kesabaran akhirnya masa yang dinantikan akan tiba juga. Mesti cantik tersusun rapi giginya nanti.
ردحذفYa, sekejap je kan.
حذفooo kena pakai gigi palsu?
ردحذفgigi palsu tu sebelah menyebelah atau jarak-jarak?
tetiba sy terfikir mcm mn ia berfungsi nanti ;-)
Ye, sebab ada missing teeth yang dah tak boleh nak rapatkan. ada jarak sikit dan ada gap besar sikit. hihi..just add on denture je kat retainer tu.
حذفgigi is for life! pnjg lg yer prosesnya..nak kena pakai retainer la plak tuuu..moga2 smooth semuanya!
ردحذفYe betul. Itulah tu, kena panjang lamaaa.
حذفInsyaAllah..Terima kasih.
Alhamdulillah, nampak perkembangan yang sangat baik...Bila alignment dah cantik dan gigitan pun semakin elok, memang rasa berbaloi dengan segala usaha selama ni.
ردحذفAlhamdulillah. Betul, susunan dan gigitan dah elok berbaloi sangat. Lepas ni kena pakai retainer lah pulak.
حذف