April, bulan keempat tahun 2026. Hmmm...Masuk bulan April, baru dapat 7 ketul post tahun ni. Apa nak jadi Fiza oiii. Kemana menghilangnya semangat blogging yang dulu? Entahlah ek.

Banyak faktor sebenarnya. Kita buat mana yang termampu je lah. Ayat cliche, tapi itulah kenyataannya. Jangan di push sangat. Just follow the flow orang kata. Okay, baiklah. Saya menurut sahaja.

Sadly, bulan April tak ada cuti umum kecuali beberapa negeri je. Cukup-cukuplah tu kot cuti raya hari tu kan. Takkan tak cukup lagi. Alamak! Puasa enam pun belum mula ni. InshaAllah Isnin nanti kita mula.

Harini pun dah 15 Syawal. Tahu-tahu nanti nak habis raya sebulan dah. Masa berlalu begitu je, tak menyempat nyempat nak tunggu kita. Pejam celik pejam celik dah nak raya haji pula dah nanti. Kann...

Minggu lepas sempatlah pergi sebuah rumah terbuka. Minggu ni ada juga tak berkesempatan untuk hadir. Apa-apa pun semoga yang baik-baik di bulan April ni. 

April

Every step forward carries the warmth of tomorrow's light

planner calendar april 2026

Brighter Horizon
And the hereafter is better for you than the first —Ad-dhuha 93:4

 

Cuti umum/ Public holidays April 2026

3 April – Good Friday (Sabah & Sarawak)
15 April – Hari Perisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah (Melaka sahaja)
26 April – Cuti Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu)

Sambutan pada bulan April

1 April – Sambutan Hari April Fools (April Fools Day)
2 April  – Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia (World Autism Awareness Day)
7 April  – Sambutan Hari Kesihatan Sedunia (World Health Day)
12 April  – Sambutan Hari Antarabangsa Penerbangan Manusia Ke Angkasa (International Day of Human Space Flight)
15 April – Sambutan Hari Senyap Sedunia (Day of Silence)
15 April – Sambutan Hari Berdialog (Day of Dialogue)
17 April – Sambutan Hari Hemofilia Sedunia (World Hemophilia Day)
22 April – Sambutan Hari Bumi (Earth Day)
23 April – Sambutan Hari Buku Sedunia (World Book Day)
25 April – Sambutan Hari Malaria Sedunia (World Malaria Day)
25 April – Sambutan Hari Penguin Sedunia (World Penguin Day)
26 April – Sambutan Hari Harta Intelek Sedunia (World Intellectual Property Day)
29 April – Sambutan Hari Tarian Antarabangsa (International Dance Day)
30 April  – Sambutan Hari Jazz Antarabangsa (International Jazz Day)