April, bulan keempat tahun 2026. Hmmm...Masuk bulan April, baru dapat 7 ketul post tahun ni. Apa nak jadi Fiza oiii. Kemana menghilangnya semangat blogging yang dulu? Entahlah ek.
Banyak faktor sebenarnya. Kita buat mana yang termampu je lah. Ayat cliche, tapi itulah kenyataannya. Jangan di push sangat. Just follow the flow orang kata. Okay, baiklah. Saya menurut sahaja.
Sadly, bulan April tak ada cuti umum kecuali beberapa negeri je. Cukup-cukuplah tu kot cuti raya hari tu kan. Takkan tak cukup lagi. Alamak! Puasa enam pun belum mula ni. InshaAllah Isnin nanti kita mula.
Harini pun dah 15 Syawal. Tahu-tahu nanti nak habis raya sebulan dah. Masa berlalu begitu je, tak menyempat nyempat nak tunggu kita. Pejam celik pejam celik dah nak raya haji pula dah nanti. Kann...
Minggu lepas sempatlah pergi sebuah rumah terbuka. Minggu ni ada juga tak berkesempatan untuk hadir. Apa-apa pun semoga yang baik-baik di bulan April ni.
April
Every step forward carries the warmth of tomorrow's light

And the hereafter is better for you than the first —Ad-dhuha 93:4
Cuti umum/ Public holidays April 2026
15 April – Hari Perisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah (Melaka sahaja)
32 تعليقات
Ok la tu lbh dr 2 entry nya... kak ret br 1 je posting April haha 2 blb sepi... mood mcm ssh nak back to normal je ji
ردحذفHihi..begitulah mood kita ada naik turun. Jomlah kita aktif semula Kakret.
حذف28 april - bday MZ hahaha. salam 15 syawal utk fiza dan happy weekend jugak!! waaaa cutenya ada hari penguin laaa...kebetulan esok MZ nak buat entry psl penguin
ردحذفBelated Happy birthday MZ. Macam-macam hari haiwan ada kan. Wah, syok entry tu.
حذفSelamat hari raya sis Fiza ..
ردحذفYa. Buat ikut kemampuan..jangan nekan².. hihihi
Ye, nak nekan sangat pun tak boleh. Hihi...
حذفSelamat Hari Raya Aidilfitri..
ردحذفMohon Maaf Zahir Dan Batin.. ☺️👍🏻
Maaf juga jika ada salah dan silap saya. Nak wish raya dah out of season pulak.
حذفOkla tu ada jugak 7 posting utk tahun ni.. biasala tu ada waktu waktu kena slow down sebab nak utama kan perkara yang penting..
ردحذفBetul betul. Ada masa kita kena rehat juga.
حذفSlmt hari raya fiza
ردحذفSamaa la he hee kdang sebln 2 ke 3 je buat entry
Mana yang sempat je lah kan Kak Nur.
حذفYa Fiza, follow the flow. Follow hati kita. Take care ya.
ردحذفps... Sorry Fiza, sibuk ke sana sini, gift Fiza tak sempat pos lagi 🙏
Terima kasih.It's okay, saya faham itu. Hadiah pun dah selamat diterima. Belum sempat update lagi. Maaf ye.
حذفsama la mcm kite kak fiza, paksa diri gak nak wat post. tahun 2026 ni baru 2 ketul post...
ردحذفTakpe, kita pelan-pelan kayuh. Tak lari dikejar. hihi...
حذفRehat dari bercuti panjang di april
ردحذفYa, nampaknya begitulah kan Kak Dana.
حذفTak apa ikut mood kak. Menulis ini bukan sesuatu yg bisa dilakukan tiap hari oleh sebagian orang saya pun tak bisa. makanya saya menulis semingu sekali saja di blog 😄.
ردحذفTak terasa dah April kan. Memang cepat sangat waktu berlalu. Saya ada senang, tapi juga sedih kalau waktu cepat begini. Senang karena menanti2 December nak traveling jauh . Tp kalau terlalu cepat, ingat juga usia akan makin berkurang...
Betul tu Fanny. Kita ikut kemampuan kita je. Bagus juga macam Fanny seminggu sekali, boleh santai menulis.
حذفSeronok jadi seorang Fanny sentiasa travel kemana-mana.
Selamat hari raya!
ردحذفSelamat Hari Raya. Kira acilah saya reply selepas hari raya ye.
حذفada masanya kita rasa nak take a break dari sosial media dan itu normal. kena tunggu mood datang barulah ada semangat!
ردحذفBetul tu Mazni. Sekarang baru nak kembali. Meh pinjamkan semangat sikit.
حذفSalam Fiza. Tolong check email ya.
ردحذفMaaf lambat reply.
حذفPatutlah jarang nampak entri akak.
ردحذفCuya skrol blog tadi, terbaca komen lama akak. Saja singgah sini nak tengok update baru.
Takpe kak, take your time kay. Fokus pada perkara yg penting dulu. Blog ni bila2 boleh update
Ye Cuya. Terima kasih sudi singgah sini. Sesekali ambil masa untuk berehat seketika.
حذفBab hilang semangat blogging, LZ faham apa maksud Fiza sebab pernah terjadi pada diri sendiri.. Takpe Fiza, slowly but surely asalkan jangan berhenti blogging okay..
ردحذفTerima kasih memahami saya kak. Nampaknya begitulah, kena pelan-pelan kayuh kumpul semangat dulu.
حذفFiza...dah tengah bulan 5 dah ni. Bangun adikku, bangkit.
ردحذفAmmiiii...komen ni sangat memberi semangat untuk saya tau Terima kasih Ammi!
حذف