Dah 10 Mac, baru muncul seketul post. Apa nak jadilah dengan seorang Fiza oii..Senipis nipis betul semangat blog sekarang ni ye. Mood tercampak jauh. Meh pinjamkan sikit semangat tu.
Mac 2026
Malam Lailatul Qadar
Sedar tak sedar, kita dah sampai 10 hari terakhir Ramadan. Misi mencari malam Lailatul Qadar.
Rasulullah SAW sangat bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir ini melebihi malam-malam yang lain.
Diriwayatkan daripada Saidatuna Aisyah RA, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ أَحْيَا اللَّيْلَ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
Maksudnya: "Rasulullah SAW apabila masuknya sepuluh malam terakhir (Ramadan), baginda akan menghidupkan malam tersebut, mengejutkan ahli keluarganya, bersungguh-sungguh dalam beribadah dan memperketatkan ikatan kainnya (syadda al-mi'zar)."(HR Muslim, No. 1174)
Mintalah keampunan Allah. Saidatina Aisyah R.A pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah, jika aku tahu malam itu Lailatul Qadar, apa yang perlu aku baca?"
Baginda SAW mengajarkan doa ini:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku." (HR. Tirmidzi & Ibnu Majah)
Jika ada di antara kita yang sedang 'uzur'. Jangan sedih, sayang. Pintu rahmat Allah tidak tertutup. Teruskan berzikir, bersedekah, dan menyediakan juadah buat keluarga yang beribadah. Ingatlah hadis ini:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: "Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari & Muslim)
Allah SWT telah berfirman tentang kemuliaan malam ini dalam Surah Al-Qadr, ayat 3:
لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌۭ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍۢ
Maksudnya: "Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan."
لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌۭ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍۢ
Maksudnya: "Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan."
Rasulullah SAW sangat bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir ini melebihi malam-malam yang lain.
Diriwayatkan daripada Saidatuna Aisyah RA, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ أَحْيَا اللَّيْلَ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
Maksudnya: "Rasulullah SAW apabila masuknya sepuluh malam terakhir (Ramadan), baginda akan menghidupkan malam tersebut, mengejutkan ahli keluarganya, bersungguh-sungguh dalam beribadah dan memperketatkan ikatan kainnya (syadda al-mi'zar)."(HR Muslim, No. 1174)
Daripada Saidatina Aisyah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
Maksudnya: "Carilah Lailatulqadar pada malam ganjil dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadan." (HR al-Bukhari, hadis sahih: 2017)

Tarikh Penting (Malam Ganjil)
- Malam 21: 10 Mac (Rabu)
- Malam 23: 12 Mac (Jumaat)
- Malam 25: 14 Mac (Ahad)
- Malam 27: 16 Mac (Selasa)
- Malam 29: 18 Mac (Khamis)
Mintalah keampunan Allah. Saidatina Aisyah R.A pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah, jika aku tahu malam itu Lailatul Qadar, apa yang perlu aku baca?"
Baginda SAW mengajarkan doa ini:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku." (HR. Tirmidzi & Ibnu Majah)
Jika ada di antara kita yang sedang 'uzur'. Jangan sedih, sayang. Pintu rahmat Allah tidak tertutup. Teruskan berzikir, bersedekah, dan menyediakan juadah buat keluarga yang beribadah. Ingatlah hadis ini:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: "Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari & Muslim)
sumber : Ustazah Asma' Harun
Semoga kita direzekikan bertemu dengan malam Lailatul Qadar. InshaAllah..Aamiin...
Tahu-tahu minggu depan dah nak raya. Persiapan raya pun masih samar-samar lagi ni. Mood nak raya pun tak berapa nak ada lagi. Rasa sedih kehilangan mak takkan pernah hilang. Rindu yang tiada penghujungnya bila kehilangan ibu bapa dan orang yang kita sayang ni. Baru je nak sembuh kehilangan arwah abah tahun 2022.
Lagilah sedih bila bulan Ramadan dan hari raya yang bakal tiba nanti. Hanya mampu kirimkan doa dan Al fatihah yang tak pernah putus.
Semoga hari-hari kita yang masih hidup ni baik-baik sahaja di hari kedepannya. Juga, doakan keselamatan umat Islam di seluruh dunia.
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمينLa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin
"Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang zalim"
There is no god except You, glory be to You, indeed I was among the wrongdoers.
"Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang zalim"
There is no god except You, glory be to You, indeed I was among the wrongdoers.
Syukur Alhamdulillah diberikan peluang bertemu Ramadan tahun ni dan kesihatan yang baik. Bulan puasa tahun lepas diuji dengan batuk berpanjangan yang hampir sebulan. Mencabar kalau berpuasa ketika sakit ni.

Kepada yang bertanyakan khabar saya, Terima kasih. Saya baik-baik je. Tak berkesempatan lagi berblogwalking. Maaf.
Hari Raya Aidilfitri 2026
Tarikh tengok anak bulan pada 19 Mac. Dengarnya macam raya mengejut lagi. Kita nantikan je lah pengumuman raya nanti.
No journey is ever truly lonely. He is rearer than you think.

Ever Near
Your lord has not forsaken you, nor has he detested you —Ad-dhuha 93:3
I like moments that reminds me I’m never walking alone.
Even when the road feels quiet, care surrounds me.
I hope to remember that no journey is ever truly lonely.
Closeness can be felt, even in silence.
Cuti umum/ Public holidays Mac 2026
4 Mac – Hari Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu)
7 Mac – Hari Nuzul Al-Quran (semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)
7 Mac – Hari Nuzul Al-Quran (semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)
8 Mac – Cuti Hari Nuzul Al-Quran (Kelantan & Terengganu)
21 Mac – Hari Raya Aidilfitri (semua negeri)
22 Mac – Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (semua negeri)
23 Mac – Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor)
23 Mac – Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor)
23 Mac – Cuti Hari Raya Aidilfitri (semua negeri kecuali Johor & Kedah)
24 Mac – Cuti Hari Raya Aidilfitri ( Johor & Melaka)
31 Mac – Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah)
Sambutan pada bulan Mac
Hari Khamis Kedua Mac – Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia (World Kidney Day)
8 Mac – Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Women's Day)
14 Mac – Sambutan Hari Pi (Pi Day)
14 Mac – Sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia (International Day of Action for River)
15 Mac – Sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia (World Consumer Rights Day)
20 Mac – Sambutan Hari Burung Pipit Sedunia (World Sparrow Day)
20 Mac – Sambutan Hari Kegembiraan Antarabangsa (International Day of Happiness)
21 Mac – Sambutan Hari Menanam Pokok Sedunia (World Planting Day)
21 Mac – Sambutan Hari Penghapusan Diskriminasi Kaum Antarabangsa (International Day for the Elimination of Racial Discrimination)
21 Mac – Sambutan Hari Hutan Antarabangsa/ Sedunia (International Day of Forests)
21 Mac – Sambutan Hari Down Syndrom Sedunia (World Down Syndrome Day)
21 Mac – Sambutan Hari Puisi Sedunia (World Poetry Day)
21 Mac – Sambutan Hari Kayu Sedunia (World Wood Day)
22 Mac – Sambutan Hari Air Sedunia (World Water Day)
24 Mac – Sambutan Hari Tibi Sedunia (World Tuberculosis Day)
26 Mac – Sambutan Hari Ungu (Purple Day)

22 تعليقات
Assalamualaikum Fizah.
ردحذفSelamat berpuasa dan selanat kembali menulis. Rindu nak baca coretan Fizah.
Waalaikumussalam Kak Amie.
حذفSelamat berpuasa. Rindu juga nak menulis dan ziarah blog kak Amie.
memang suspens jugaklah nak tunggu raya thn ni..kot2 raya ari jumaat kan
ردحذفKann...bersedia je lah kita nanti.
حذفsemangat tu kadang datang dan pergi juga kan... tp Alhamdulillah masih diberi peluang bertemu 10 mlm terakhir Ramadan
ردحذفsemoga kita semua direzekikan bertemu Lailatul Qadar...
Benar tu Anies. Alhamdulillah. InshaAllah..semoga ada rezeki kita. Aamiin...
حذفsalam 10 malam terakhir kak :D
ردحذفSemoga kita dapat bertemu malam Lailatul Qadar. Aamiin...
حذفsemoga kita direzekikan bertemu malam lailatulqadar...
ردحذفseram tau bab2 raya ni...sebab tahun ni kita kena kerja sampai petang raya...tiket pun dah beli 20hb punya...
Mudah-mudahan. Aamiin...
حذفRisau juga tu kan kalau raya terkejut. Kita ikutlah mana yang termampu kita buat. Raikan Syawal dengan gembira.
Mood datang dan pergi tu biasa.
ردحذفYa, benar. Tak dapat disangkal lagi.
حذفAkak plan gerak balik kampung 19 hb, kot tetiba hari tu raya…jadilah macam beberapa tahun dulu. Lepas solat raya baru gerak balik kampung 😅. Yang bagusnya, taklah sesak sangat jalan raya sebab orang dah gerak lebih awal.
ردحذفTerpaksa lah kita adapt mengikut keadaan kan kak. Semoga perjalanan lancar dan selamat sampai.
حذفThanks for sharing Fiza. Ramai dah prepare kot kalau raya awal.
ردحذفTake care ya. Btw, check email ya.
Sama-sama. Betul tu, ramai siap awal tak kalut.
حذفTake care juga. Saya dah reply. Maaf lambat.
Mood tu bukan hilang... dia nyorok je... Kena cari balik... hehehe
ردحذفLama betul menyorok, kenalah mencari sampai jumpa kan..huhu...
حذفRaya kali ni agak mendebarkan sebab banyak spekulasi.. apapun kita tunggu minggu depan :)
ردحذفBoleh siap prepare awal, awal tak kalut nanti. Kita nantikan pengumuman je nanti.
حذفKak fizaaaaa, lama memang kakak menyepi yaa. Eh tapi kakak aktif di IG. Jadi bisa tahu juga kabar kakak dari sana 😄👍.
ردحذفSaya bisa rasakan kehilangan kluarga di saat ramadhan. Idul Fitri nya memang tak akan sama lagi. Pasti sedih sangat rasanya 😢.
Dan ntah kenapa ramadhan THN ini, banyaaak sangat saya mendengar berita dukacita dari temen2, dan saudara saya. Terasa sangat mood nak beraya macam hilang
saya pun semalam tgh2 solat keluar air mata beratdada menahan kesakitan rindu pada arwah umi.. setiap masa rindukan umi.
ردحذف