Kita dah masuk bab 2, Februari di tahun 2026. Kejap betul ek. Bulan Januari lepas hanya seketul entry je sempat saya post. Bulan Februari pula dah hari keenam belas baru muncul seketul post. Nampak tak betapa pudarnya mood blogging saya.
Eh, tak juga. Sibuk pun ye. Ingatkan bulan Februari ni rancak sikit nak berblogging. Rupanya tidak. Ada je yang menghalang. So harapnya bulan Ramadan ni dapatlah catch up rentaknya. Harapnya lah! Takut ke laut juga perginya.
Well, bulan Februari yang dinantikan dah separuh bulan berlalu. Ramai ahli keluarga yang sambut birthday bulan ni termasuklah saya. Birthday sepanjang bulan lah nampaknya kita. Dalam masa yang sama turut sedih sebab birthday arwah mak dan arwah abang di bulan Februari juga pada haribulan yang sama.
Beberapa hari lagi kita akan bertemu Ramadan. Semoga kita direzekikan dapat bertemu Ramadan dan menunaikan ibadah puasa dan lain-lain dengan sebaiknya. Tambah pahala banyak-banyak okay.
Semoga banyak perkara baik-baik di bulan ini dan Allah permudah segala urusan kita.
Februari 2026
In the stillness of the night serenity finds its home

Night's embrace
And by the night when it grows still"—Ad-dhuha 93:2
I like quiet nights that feel like soft blankets.
When the world slows down,
I can finally hear my thoughts.
I hope to spend more time resting, not rushing.
To let stillness remind me that peace also counts as progress.
Februari pun banyak cuti umum. Itu yang seronok tu. Kann...
Cuti Umum/ Public Holiday Februari 2026
1 Februari : Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya)
2 Februari : Hari Thaipusam (Johor, Kedah, Kuala Lumpur, N. Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)
2 Februari : Hari Thaipusam (Johor, Kedah, Kuala Lumpur, N. Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)
3 Februari : Cuti Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya)Isra dan Mi’raj (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis & Terengganu)
17 Februari : Tahun Baru Cina (semua negeri)
18 Februari : Tahun Baru Cina hari kedua (semua negeri)
19 Februari : Awal Ramadan (Johor & Kedah)
20 Februari : Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan (Melaka)
20 Februari : Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan (Melaka)
Sambutan bulan Februari
2 Februari – Sambutan Hari Tanah Lembab Sedunia (World Wetland Day)
4 Februari – Sambutan Hari Kanser Sedunia (World Cancer Day)
4 Februari – Sambutan Hari Kanser Sedunia (World Cancer Day)
13 Februari – Sambutan Hari Radio Sedunia (World Radio Day)
14 Februari – Sambutan Hari Kekasih (Valentine's Day)
21 Februari – Sambutan Hari Bahasa Ibu Antarabangsa (International Mother Language Day)
22 Februari – Sambutan Hari Berfikir (Thinking Day)
27 Februari – Sambutan Hari Beruang Polar Antarabangsa (International Polar Bear Day)
28 Februari – Sambutan Hari Penyakit Luar Biasa (Rare Disease Day)
14 Februari – Sambutan Hari Kekasih (Valentine's Day)
21 Februari – Sambutan Hari Bahasa Ibu Antarabangsa (International Mother Language Day)
22 Februari – Sambutan Hari Berfikir (Thinking Day)
27 Februari – Sambutan Hari Beruang Polar Antarabangsa (International Polar Bear Day)
28 Februari – Sambutan Hari Penyakit Luar Biasa (Rare Disease Day)
22 تعليقات
Bulan februari penuh dengan cuti hehehe, akak ingatkan kelantan dan terengganu pun dapat cuti awal ramadhan tapi takde ya. Sambutan bulan februari tertinggal 1 lagi, 13hb hari radio sedunia
ردحذفSeronok banyak cuti ni. Dapatlah rehat lebih kan. Itulah, kadang ada negeri ambil. kadang tak ada. Okay kak Dana. Terima kasih share. Nanti saya update.
حذفHai Fizah.
ردحذفLama tak dengar cerita.
Semoga yang baik-baik sahaja pada hari-hari mendatang.
Hai Kak Amie.
حذفYe kak Amie. Menyepi seketika.
Aamiin..Terima kasih Kak Amie.
Semoga kita semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja
ردحذفMudah-mudahan. Aamiin...
حذفHai kakk
ردحذفHai Rabia.
حذفSelamat bercuti panjang dan beristeri rehat.
ردحذفTerima kasih wak.
حذفFizah apa khabar? Baru muncul. Semoga Fizah baik² saja.
ردحذفAlhamdulillah, baik-baik saja Kak Nur.
حذفAamiin..Terima kasih Kak Nur.
Lama tak nampak Fizah. Memang cepat sangat masa berlalu. Dah nak masuk bulan Ramadan.
ردحذفMenyepi seketika. Itulah tu kan, cepat betul masa berlalu.
حذفselamat berpuasa kak fiza. rindu nak baca entry akak!
ردحذفSelamat berpuasa Mazni. Tak terlambat lagi nak wish kan. Rindu juga tu, rindu nak berblogwalking juga. InshaAllah, tak lama lagi saya update macam selalu dan blogwalking ye.
حذفBulan Februari dah pun membuka tirai.. bnyak perancangan yg perlu diselesaikan..
ردحذفOh esok nak puasa dah.. Selamat Manymbut Ramadhan dan Selamat Berpuasa ya..
Ya, banyak perancangan di masa akan datang. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
حذفSelamat berpuasa.
Sungguh busy nampak gayanya.. Al Fatihah buat yang dah pergi meninggalkan kita... 😔
ردحذفYe benar, macam-macam dugaan dan kisahnya.
حذفFeb ini di keluarga sayapun ada 2 yang ulang tahun, suami pas 3 feb kemarin, lalu anak bungsu 19 feb 😄. Padahal dulu berharap bisa melahirkan 29 feb, biar jadi anak kabisat, ulangtahun 4 tahun sekali 😂😂. Tak terkabul pula
ردحذفAda birthday bulan yang sama, meriah sambutannya. Hihi..kesian kalau birthday 4 tahun sekali tu.
حذف