Bila seorang mak sudah tiada, maka akan hilanglah satu keberkatan hidup iaitu DOA SEORANG MAK. Al-fatihah buat mak saya yang telah meninggal dunia pada 11 Disember 2025 yang lalu. Genap seminggu arwah mak pergi ke negeri abadi.


Kami redha ya Allah. Tiada lagi sakit yang mak perlu tanggung. Rehatlah mak.
Sesungguhnya ajal dan maut itu adalah rahsia Allah. Bila tiba waktunya kematian seseorang, tidak akan lambat atau cepat walau sesaat pun. Kelak, kita akan menyusul.
Ramai yang ziarah mak dan mengiringi mak sampai ke tanah perkuburan. Terima kasih semua yang terlibat dan memberikan doa serta kata-kata semangat buat kami. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaamiin...

Seminggu kemudian, harini 18 Disember 2025 genap 3 tahun pemergian arwah abah. Mereka pergi pada bulan yang sama, tarikh selang seminggu. Allahuakbar!

Kami redha ya Allah. Tiada lagi sakit yang mak perlu tanggung. Rehatlah mak.
Kehilangan seorang mak sangatlah dirasainya. Mahu je saya menangis. Tapi saya tak boleh menangis sebab mata masih dalam proses pemulihan. Betapa sakit nak tahan air mata tu keluar. Kadang bertakung juga, sampai masa dilepaskan.
Hebat perancangan Allah. Mungkin dengan itu, jadikan saya seorang yang lebih kuat menghadapi ujian ini.
3 hari sebelum mak meninggal, sempatlah saya balik kampung jaga mak. Dapatlah saya teman baring sebelah urut tangan, kaki dan perut. Bersembang, walaupun ringkas je pertuturan. Berjaga sampai pagi sebab mak kejap-kejap terjaga. Tidurnya tak sampai berapa minit. Orang sakit begitulah, susah nak tidur.
Masa mak sakit tu, sempatlah kami buat bacaan yassin 3 hari berturut-turut jemput orang kampung sekali. Awal pagi khamis dapat panggilan dari kakak, mak dah tak ada. Permergiannya mudah. Begitulah perancangan Allah. Allah maha mengetahui segala-Nya.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali
Kalau dapat panggilan di luar waktu kebiasaan tu mestilah ada 'sesuatu' berita yang tak sedap didengar.
Cepat-cepat kemas barang dan terus balik kampung. Semua urusan terakhir mak, Allah permudah. Selesai urusan mak lebih kurang jam 10 lebih pagi.
Masa peluk cium mak buat kali terakhir, muka mak tenang je macam sedang tidur. Allahuakbar.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Allaahummaghfirlaha warhamha wa’aafi ha wa’fu anha
Ya Allah, Ampunilah almarhumah, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.
Allaahummaghfirlaha warhamha wa’aafi ha wa’fu anha
Ya Allah, Ampunilah almarhumah, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.
Ya Allah, kau lapangkan kuburnya, jadikan syurga tempat istirehatnya yang kekal. Semoga arwah mak ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Doa untuk ibu bapa
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا
Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku dan (dosa) kedua orang tuaku. Sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangiku di waktu aku kecil.
Al-Fatihah
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙ
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِۙ
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِۗ
Pemilik hari pembalasan
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ ۙ
Tunjukilah kami jalan yang lurus
صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ ࣖ
(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
...آمين
Ramai yang ziarah mak dan mengiringi mak sampai ke tanah perkuburan. Terima kasih semua yang terlibat dan memberikan doa serta kata-kata semangat buat kami. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaamiin...
14 تعليقات
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ..Takziah buat sis sekeluarga...Semoga arwah ditempatkn brsama org2 yg briman..Amin
ردحذفInnalillahiwainnailaihirojiun..Al-Fatihah dan salam takziah Fiza...semoga roh arwah tenang di sana...amin..
ردحذفInnalillahiwainnailaihirajiun. Terkejut baca.
ردحذفMoga Allah temputkan arwah bersama-sama orang beriman. Al-Fatihah.
Salam takziah
ردحذفSemoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman
Salam takziah dik... moga sabar dan tabah... alfatihah buat arwah emak, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.
ردحذفsalam takziah buat kak fiza sekeluarga.. semoga arwah mak ditempatkan dalam kalangan orang beriman. hugss
ردحذفYang Allah pinjamkan pasti akan diambil semula. Bertabahlah wahai anak bongsu seorang emak. Semoga mak Fiza ditempatkan bersama-sama orang2 yang beriman
ردحذفInnalillahiwainnailaihirojiun..Al-Fatihah takziah Fiza,terkejutnya baca..perkara yang paling takut untuk kita semua lalui kehilangan mak..
ردحذفInnalillahiwainnalillahirajiun
ردحذفSemoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin.
Semoga ALLAH ampuni dosanya. Semoga dia dijauhkan dari azab kubur dan api neraka. Semoga ALLAH terangkan kuburnya dan semoga ditempatkan di kalangan para syuhada dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus.
Salam Takziah. Semoga dipermudahkan urusan. AlFatihah
Salam takziah utk fiza sekeluarga...perpisahan abadi adalah paling ditakuti tp tetap akan berlaku jua ikut qadak qadar masing2...MZ doakan agar arwah bonda fiza ditempatkan di taman2 syurga nan indah...aamiin
ردحذفSalam takziah, Fiza. Ya, mak bahagia dan tenang di sana. Walaupun doanya telah putus, namun kita dapat doakan utk emak pulak di sana. Semoga doa² Fiza utk mak, Allah swt makbulkan, Amiiinnn YRA.
ردحذفSedihnya akak baca coretan Fiza. Haritu dapat tau berita ni daripada blog SK.
ردحذفSemoga Allah mengampuni dan merahmati arwah mak dan ayah Fiza.
Buat Fiza, moga Allah kurniakan ketabahan hati menghadapi ujian ini.
Salam takziah kak....
ردحذفSemoga arwah diletakkan bersama orang orang yang beriman. Aamin
Salam takziah sis fiza.. semoga terus kuat mengharunginya..sampai masa, mungkin giliran Linda pula..
ردحذف