Rindunya nak tengok permandangan waktu pagi macam ni. Biasanya kalau pergi hiking lah dapat permandangan keluar rumah macam ni. Cantik permandangan langit dengan awan kepul-kepul. Matahari baru nak muncul.

Encik Suami kena pergi pasar hari ni nak beli barang dapur. Rasa macam nak ikut pula. Ajak Encik Suami pergi awal lah, jam 6 lebih macam tu. Pergi Pasar Ampangan tu yang dibuka jam 6.00 pagi. Masa kami sampai pun tak ramai orang lagi.
Dapatlah beli cili api, ikan tenggiri, ikan kerisi, bawang merah dan serbuk hilal. Mencari pucuk ubi tak ada lah pula. Pucuk paku pun tak ada. Ada satu kedai tu jual pucuk ubi tapi nampak daun je lah yang banyak.
Encik Suami kata nak pergi pasar tani kat Stadium Paroi tu tak? Hmmm. jomlah! Alang-alang dah keluar tu kan. Kalau tahu baik pergi sini terus tadi. Mujurlah dapat parkir dekat. Senang je melangkah je terus dah sampai.


Rasanya ni baru kali kedua saya jejak pasar tani Stadium Paroi ni. Encik Suami kata nak beli ulam tenggek burung tak? Nak! laju je jawab. Padahal kita pun tak tahu bila nak makan masak, bila nak masak. Selera kelaut ni payah betul nak bekerjasama.

Beli lah 3 ikat, RM5. Lagipun ulam ni tahan lama sikit simpan dalam peti ais. Bungkus elok-elok. Pilih yang banyak pucuk sikit daripada daun besar-besar tu.

Beli juga cili api bara ni sebekas RM5. Geram tengok cili apinya. Tadi dah beli juga kat pasar Ampangan RM10. Buat stok lebih sikit.

Ni daun apo? Encik Suami tanya pada peniaga tu. Daun gelugor katanya. Ohhh daun gelugor diracik halus-halus rupanya. Ingatkan daun apa halus-halus macam ni. Orang Nismilan tahulah apo nak dibuek dengan daun ni kan.
Campur dalam masak lomak cili api atau gulai kan? Macam tak pernah nampak pula mak mentua masak campur daun asam gelugor ni. Kalau campur buah asam gelugor tu pernahlah juga. Masak ya amat kalau campur yang segar tu. Lagi masam dari asam gelugor kering/asam keping tu.
Dalam bekas tipuware tu rasanya tapai ibu kayu kot.

Beli juga satar 2 cucuk dan otak-otak 10, RM24. Satar tu kurang menepati selera sikit macam kurang rasa sikit. Otak-otak dia sedap cuma balik rumah dah sejuk tak best sangat makan. Elok makan panas-panas tu lagi sedap.
Kalau ada pepes ayam ni mesti dah beli dah, tak pandang dah satar tu. hihi...

Nampak orang jual soya dan tau fu fa. Saya ni hantu soya dan tau fu fa. Beli sebungkus air soya panas dan tau fu fa 2 bekas, RM10. Air soya panas sedap cuma manis sikit. Tau fu fa tauhu soya dia banyak tapi air gula kurang. Kenalah habis tauhu soya tu tanpa gula. Tauhu soya ke nama dia ek?

Dapatlah juga beli pucuk ubi dan pucuk paku yang nak dibeli tu. Misi berjaya! Rambang mata kalau datang pasar tani ni. Boleh berhabis duit pun ye. Tak boleh pergi selalu. Bahaya nanti macam-macam rasa nak makan.
42 تعليقات
Huish menarik juga pasar tani nya. Memang rambang mata dibuatnya bila ke pasar. Untung orang datang awal, barang pun segar orang pun tak ramai. Tempat makan ada ke tu?
ردحذفItulah tu. Betul, datang awal dapatlah yang segar-segar lagi dan banyak pilihan. Tempat makan pun ada. Tepi Stadium tu ada gerai makan sebab situ macam hari-hari buka kedainya. Lagi meriah kalau ada game bola.
حذفbest kalau dpt gi pasar hehehe MZ time gi psr mlm pun rambang mata jugakkk
ردحذفKann...Rasa macam nak beli itu ini je.
حذفSelalunya pasar tani ada sayuran yang kita tak pernah jumpa atau jarang jumpa.
ردحذفBetul. Senang cari kat Pasar Tani je mana-mana sayur rare tu.
حذفbest nya..byk sayur2 kampung ni.
ردحذفTu yang seronok nak membeli sayur segar kat sini.
حذفKak SA kan komen blog Fiza ni guna hp je baru nampak kotak komen..kat laptop xde..x tau la kenapa..blog Kak Mim dan Kak Fuzy pun xde kotak komen...
ردحذفWah bestnya pi pasar tani Ampangan ngan Paroi..kalau kak SA pun suka gak pergi tp hari biasa kerja kan..melainkan kalau cuti hari biasa..hujung bulan la amik cuti lama skit..habiskan cuti...geram tgok cili api tu...akak pun sama kalau cili api tu cantik akak memang beli
Saya pun tak tahulah kenapa. Agaknya template kot. Tapi orang lain komen okay je pulak. Pelik betul. Takpe kak, kalau boleh komen teruskan. Kalau tak boleh, it's okay. No problem.
حذفPasar Seremban je belum pernah jejak lagi. hihi...Hari biasa pun ada jugak ek? Ingatkan hari Ahad je. Geram tengok tu yang beli juga padahal dah beli kat pasar Ampangan. hihi...
Kalau akak pun suka betul ke pasar pagi gini... semua rasa nak beli, dah lama tak pergi pasar pagi kt tmn melawati sejak hd hari sabtu pagi ni. Sebelah tapai ubi tu daun apa tu? kenal tak?
ردحذفLagi puas membeli gitu kan. Dapat yang fresh boleh tahan lama simpan. Saya ada cerita kak Dana atas gambar tu. Daun asam gelugor yang dihiris halus.
حذفHari biasa pasar tani Ampangan tu Selasa kan...yg Paroi tu hari Ahad...pergi la pasar besar seremban..best gak...cuma kena bertabah bab parking...akak marathon komen blog Fiza guna hp je...guna laptop kat opis mmg x nampak button komen..komen org lain pun x nampak..ada beberapa blog jugak prob sama..so akak komen guna hp je
ردحذفOhh..Pasar lama tu ye? Saya pergi Pasar Basah Ampangan. Tak tahulah bila nak jejak Pasar Seremban tu. Nak cari parkir payah tu yang malas tu.
حذفRasanya template blog kamilah tu kot kak. Saya pun tak tahu mana nak godek dah. huhu...Terima kasih kak.
Subhanallah view selepas Subuh memang cantik kan. Pergi Pasar pagi2 memang tenang tak ramai orang, nak memilih barang pun senang.
ردحذفTersangatlah cantiknya. Betul tu, tenang-tenang je jalan santai. Nak memilih pun tak berebut.
حذفRambang mata kalau pergi pasar pagi. Ulam² dan sayur² tu semua rasa nak beli hehe
ردحذفMemang betul, ulam dan sayur tu yang target kita. Nak cari yang segar-segar.
حذفLama Cuya tak ke Paroi. Dulu nenek duduk taman situ, tapi dah jual rumah dan pindah ke Sri Menanti. So selalu balik Sri Menanti melawat nenek, sebab asalnya memang kampung disitu
ردحذفOh ye ke. Cuya kalau balik kampung ke Sri Menanti lah ye.
حذفKalau uncle kat situ, comfom uncle beli otak2 juga
ردحذفOtak-otak ni kegemaran ramai kan uncle. Tak beli rasa menyesal pulak. hihi...
حذفDulu masa dekat Melaka, siap beli otak² yang frozen..simpan dalam peti..nak makan panggang je atas dapur gas.. Kikiki. Kalau g pasar tani, memang puas hati, rambang mata .ehh..semua lah
ردحذفBeli frozen pun okay je. Anytime nak makan panggang kan senang. Kann..puas membeli gitu.
حذفBaca tulisan Fizah ada perkataan pasar Ampangan, terus terbayang kenangan lalu ketika practical teaching di Chan Hwa High School lebih 30 tahun yang lalu. Mungkin sebab kami menyewa flat di Ampangan, itu sebabnya setia-p kali terjumpa perkataan Ampangan terus teringat-ingat.
ردحذفSeronoknya dapat berbelanja di situ. Aduhai...otak-otak itu sungguh menggoda selera. Satarnya pula kurang menepati selera ye. Samalah, kalau saya balik Malaya biasanya kalau beli satar memang begitulah, entah kenapa. Saya lebih jatuh cinta dengan otak-otak dan pepes ayam.
Lama sudah kisahnya tu. Tapi tak pernah padam dalam ingatan Kak Amie. Kalau nak imbas kembali kena datang semula tu kak Amie. Mesti banyak perubahannya. Dah rasa macam nak malas dah beli satar. Teringin juga nak makan pepes tapi tak ada lah pulak.
حذفMemang kalah nak cari makanan begini, mesti prgi ke pasar. Banyak cemilan dan kuliner khas daerah nya kan.
ردحذفKalau di sini tahu itu disebut kembang tahu kak. Biasa pakai jahe dan gula merah. Hangat di badan. Memang sukaa saya.
Kannn..semua macam nak je. Ooo namanya kembang tahu. Alamak, tak rasa berangin ke makan dengan halia. Tak pernah jumpa lagi versi halia kat sini. Gula merah atau gula putih je ada.
حذفtengok gambar di atas baru sy tahu sata dah naik harga rupanya...
ردحذفOh ye? Saya pun tak tahu lah berapa harga standard di pasaran. Ni baru beli.
حذفBestnya pergi pasar pagi-pagi di kala tak ramai orang. Masa KSarie remaja dulu arwah atok selalu ajak teman pergi pasar tani dan pasar basah pagi-pagi. Memang akan teman atok pergi tapi merenjas-renjas la gayanya sebab tak hipster la pasar begitu la ye😅Bila udah masuk 30an jadi suka pergi pasar sebab boleh jumpa aneka spesies ulam dan sayuran yang segar. Suka sangat tau fu fa
ردحذفPagi-pagi ni taklah bersesak sangat. Boleh jalan santai-santai je. Paling suka tu kalau jumpa ulam dan sayur segar. Kalau barang basah tu dah biasa sangat kan. Tau fu fa favourite juga tapi tak boleh makan banyak, awas gula. hihi...
حذفSubhanAllah cantiknya view gambar pertama tu. Tenangnya rasa hati tengok view macam tu.
ردحذفUlam tenggek burung? First time Naniey dengar dan tahu. Tak pernah dengar pun.
Jalan kat pasar tani ni rambang mata sebab biasanya produk tani semua segar.
Seronok pagi-pagi tengok view macam tu kan. Ye, ulam tenggek burung atau nama lain dia daun cabang tiga kot kalau tak silaplah. Betul, rambang mata tengok sayur dan ulam segar.
حذفOtak²
ردحذف1pc=RM10
10pcs=RM10
Kotlah beli 10pcs dapat RM9😃
Kannn. Kotlah kalau dalam kurang sikit daripada RM10 tu berbaloilah jugak. hihi...
حذفGeram jer tengok cili padi tu, Fiza. Eh, kita baru teringat nak komen apa dekat post ikan tenggiri tu. Menurut kata Mak Cella, daun pucuk ubi tu memang dia letak dalam ikatan pucuk ubi utk melindungi pucuk ubi dari rosak. Ah, gituuu.
ردحذفKann..cili api segar macam tu memang favourite kita yang memasak ni. Ooo macam tu kisahnya. Okaylah, boleh diterima sebabnya tu.
حذفBestnya dapat pergi pasar tani, macam-macam ada. Pasar tani dekat kawasan sini, macam kurang meriah, tak macam zaman dulu. Taufufa RM2.50 murah sikit. Sini RM3 sebekas.
ردحذفSenang nak beli barang basah dan sayur mayur semua kan. Sini masih lagi harga RM2.50, tapi ada jugalah tempat lain jugal RM3.
حذفlama tk mkn satar
ردحذفKalau jumpa orang jual tu kena beli. hihi...
حذف