Sejak dah terbiasa minum air masak dengan kerap, kurang dah rasa nak minum kopi latte. Kalau tidak, sikit-sikit nak kopi latte.
Cuma kalau makan kat luar tu kadang teringin minum kopi, minum jugalah. Tak sekerap dululah cerita dia. Dalam susu segar tu pun ada gula juga kalau nak tahu. Itu apa yang saya baca lah. Tak ingat dah mana saya baca.
Kiranya sekarang dah berjaya puasa kopi yang ada susu. Bila teringin minum kopi di rumah, buat kopi O tanpa gula je lah. No latte, no hazelnut syrup dan sebagainya. Biar kosong gitu je. Pun sedap!
Haritu membeli barang dapur di Jaya Grocer, saya carilah kopi instant yang macam menarik. Saya pilih Davidoff instant coffee. Sebelum ni pernah cuba Moccona hazelnut dan klasik no 8 kalau tak silap. Tak kena dengan selera pula.


Untuk sesudu lebih taklah pekat sangat warnanya. Aroma kopi lepas letak air panas tu naik, sedap betul bau kopi panas. Rasa pun tak pahit sangat walaupun dark. Mungkin sebab dia dark & chocolatey kot. Sedaplah minum tanpa gula.

Bolehlah hilangkan teringin minum kopi. Minum kopi macam ni lagi segar gitu. Nak sediakan pun cepat dan mudah. Kopi 3 in 1 dah lama saya tinggalkan. Cuma sesekali je minum kalau travel, dapat percuma ke atau lain-lain keadaan.
Selain Davidoff, Moccona dan produk yang diboikot, kopi apa lagi yang best ye? Sila komen. Terima kasih.
Cuma kalau makan kat luar tu kadang teringin minum kopi, minum jugalah. Tak sekerap dululah cerita dia. Dalam susu segar tu pun ada gula juga kalau nak tahu. Itu apa yang saya baca lah. Tak ingat dah mana saya baca.
Kiranya sekarang dah berjaya puasa kopi yang ada susu. Bila teringin minum kopi di rumah, buat kopi O tanpa gula je lah. No latte, no hazelnut syrup dan sebagainya. Biar kosong gitu je. Pun sedap!
Jadi, kali ni cuba Davidoff espresso 57 dark & chocolatey yang tinggi juga intensity nya.

Bancuh sesudu lebih sikit dengan air panas tanpa letak gula. Nak pekat lagi boleh letak lebih.

Untuk sesudu lebih taklah pekat sangat warnanya. Aroma kopi lepas letak air panas tu naik, sedap betul bau kopi panas. Rasa pun tak pahit sangat walaupun dark. Mungkin sebab dia dark & chocolatey kot. Sedaplah minum tanpa gula.

Selain Davidoff, Moccona dan produk yang diboikot, kopi apa lagi yang best ye? Sila komen. Terima kasih.
Harga Davioff instant coffee ni RM30 lebih. Tak ingat dah harga sebenar dia. Tak menyesal beli.
42 تعليقات
Aiiiih namanya mirip dengan brand parfume pula 😄😄.
ردحذفBlm coba yg ini kak. Saya juga dah suka kopi hitam skr. Jadi tahu beda rasa antara Beans yg dipakai
Sampai rela beli mesin kopi, demi bisa meracik kopi yg sedap drpd racik manual.
Hihi..itulah tu. Bestnya ada mesin kopi. Lagi sedap rasanya. Tapi ada orang suka racik manual. Beli instant ni lagi mudah, bancuh je. hihi...
حذفok laa tu tanpa gula pun dah rasa sedap...
ردحذفYe, penyelamat kalau rasa nak minum kopi O yang sedap tanpa gula.
حذفSedap tak? akak selalu nampak kawan opis beli..dulu pernah rasa kawan opis level lain punya..x ingat rasanya...
ردحذفSedap kak. Silalah cuba nanti. Kot kena dengan selera ke kan.
حذفKopinya kurang pahit sebab ada rasa coklat ye. KSarie tak tau pasal kopi sangat sebab tekak orang tua ni dok layan kopi o atau teh o je kerojenya😅Semoga terus semangat kurangkan gula ye💪💪
ردحذفMungkinlah tu. Saya pun bukan pakar sangat bab kopi ni KakSarie. hihi...Yang ni boleh layan kalau suka Kopi O.
حذفYa, ayuh! Terima kasih KakSarie.
Cuya minum kopi dgn susu skim milk. Sebab tengah cabaran 100 hari kurangkan gula dalam minuman 17 Dec ni genaplah 100 hari. Seharian kalau nak minum manis Cuya amik stevia jer. Tu pon sebab kawan cabar haha
ردحذفOhh baguslah macam tu. Teruskan usaha Cuya.
حذفIni tinggi sangat ni... uncle minum yg beshe2 je...
ردحذفTak tinggi sangat uncle. Biasa je.
حذفMinum kosong tanpa gula pun ok je untuk peminat kopi asalkan 1 cup of coffee per day. Hahh gitu la.
ردحذفYe, betul tu.
حذفMacam sedap je, ada rasa chocolatey tu.
ردحذفPada saya sedap dah ni.
حذفBetul meracun terus rasa nak cari juga coffee ni. Sekarang lunch LZ avoid minum coffee, kerap order mineral water or plain water. Kalau tidak mesti lunch dengan air manis..
ردحذفHihi..nanti boleh cuba. Minum tanpa gula gitu.
حذفSedap yang ni. After taste tu memang ada rasa chocolatey...
ردحذفDulu ingat latte tu tak de gula. tapi terlupa gula ada dalam susu.
Masa buat IF dulu memang minum kopi kosong tanpa gula tapi kena yang ada ais. Punyalah nak juga kopi.. #coffeeforlife gitu.
Kann..sedap! Hihi..janji dapat mengopi kan. Betul, dalam susu pun ada gula sebenarnya.
حذفcantik botolnya.. sedap ke rasanya.. rasa nak try jugaklah nanti. yang confirm tak ada gula tentunya kopi pak belalang hehe.. hanya gurau je
ردحذفRasa kopinya sedap. Boleh cuba. Hihi..kopi pak belalang tu legend betul, dia je sanggup minum.
حذفOo ada campuran coklat jadi tak pahit sangatlah walaupun O.
ردحذفAkk sekarang minum.3 in 1 kopi Vietnam. Semenjak suka kopi ni mengada² pulak... asyik nak minum je. Kopi Vietnam kurang manis. Dulu minum kopi sakit kepala.. tak tau cemana boleh pulak minum sekarang.
Ya, tak pahit sangat. Jangan terjebak, nanti melekat. hihi..Tersuka tanpa sengaja tu.
حذفSemoga Fizah terus kuat tinggalkan gula. Salute akak.
ردحذفAkak sekarang minum kopi Acheh yang kak Amie bagi tu, kalau bancuh di rumah.
So far okay lagi. kalau weekend tu kira cheat day. hihi...Terima kasih Kak Nur. Dapat jugalah mengopi di rumah kan.
حذفBukan ni jenama perfume ke?
ردحذفTak perlu tapis ke? Senang lah kalau macam tu. Menarik ni.
Tak pasti sama company atau lain-lain. Tak perlu tapis, terus bancuh je dengan air panas.
حذفBila dah lama berhenti kopi, memang sudah kurang teringinnya tu, kan, Fiza. Itulah sebenarnya ketagih kita ni, kan. Bila ditinggalkan perlahan -lahan, hilang sudah rasa hendak mengopi. Sy pun pernah baca, ada gula tersembunyi dalam susu segar. Kalau low fat milk katanya lagi banyak gula tersembunyi, kita ni ingatkan sihatlah minum susu low fat, hihi.
ردحذفItulah tu. Tak ada dah cravings bagai. Cuma kadang tu ada juga beli kalau makan kat luar. Oo low fat lagi banyak gula ke sebenarnya. Aduhaii..kita ni selalu kena tipu je kan. huhu...
حذفMZ tak minum kopi tp my nephews suka kopi...ada certain brands yg diaorg suka/selalu beli
ردحذفYa, setiap orang ada fav brands kopi.
حذفCantiknya gambar!
ردحذفKat rumah kami ni sentiasa ada kopi - sama ada Davidoff atau Moccona. Dark & Chocolatey pun pernah beli. Suami akak setiap pagi sarapan dan bekal kopi kosong, memang mudahlah kerja akak. Pernah try kopi jenama lain, tapi tak sedap kot sebab suami tak mau beli lagi dah.
Terima kasih Kak Ujie.
حذفMoccona macam kurang sikit. Davidoff ni better. Sedap! Kalau dah kena dengan selera, memang tak cari lain lah kan.
Aduii diri ni nak telan air kosong punya lah susah. Davidoff espresso 57 dark & chocolatey ni belum pernah cuba, belum pernah jumpa pun. Kena pergi supermarket baru ada kan. Selalu ke kedai runcit saja. Apa2 yang chocolatey memang lah suka.
ردحذفBoleh cuba. Tak cuba tak tahu. hihi...Ya, yang ni kalau supermarket ada jual.
حذفdavidoff ada kopi..tau perfume je
ردحذفBoleh pulak nama sama kan. Tapi tak tahulah same company or tak.
حذفNampak sedap
ردحذفSedap.
حذفKalau dah peminat kopi sehari tanpa kopi mesti rasa tak best kan
ردحذفBetul tu. Tapi sejak dah kurang minum kopi ni, tak minum sehari pun takpe dah. hihi...
حذف