Sesungguhnya saya merindui masakan kampung terutamanya masakan awah mak. Sekarang dah tak boleh nak request kat mak masak apa. Kali terakhir saya request mak masak pajeri nanas sebelum mak sakit.
Saya pun dah lama tak memasak. Itu yang lagi membuatkan lagi bertambah rindu nak makan masakan kampung. Rindu lauk-pauk kampung yang ringkas.
Saya pun dah lama tak memasak. Itu yang lagi membuatkan lagi bertambah rindu nak makan masakan kampung. Rindu lauk-pauk kampung yang ringkas.
Teringin pula nak makan labu masak lemak putih. Kadang malas masak sebab saya je yang makan sorang. Encik Suami bukan penggemar labu.
Kalau teringin tu, terpaksalah kita masak. Masak sikit buat lepas teringin jadilah kan.

Labu masak lemak ni cara masaknya ringkas je. Saya didihkan air, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, ikan bilis, serai yang diketuk, lada hitam sikit dan labu yang dah dipotong. Bila dah separuh masak baru saya masukkan santan, daun kunyit dan juga garam.
Kalau teringin tu, terpaksalah kita masak. Masak sikit buat lepas teringin jadilah kan.

Labu masak lemak ni cara masaknya ringkas je. Saya didihkan air, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, ikan bilis, serai yang diketuk, lada hitam sikit dan labu yang dah dipotong. Bila dah separuh masak baru saya masukkan santan, daun kunyit dan juga garam.
Senang je masaknya. Ada orang suka tambah sayur bayam, pucuk manis atau sayur yang sesuai. Masakan sayur lemak putih ni lagi sedap kalau digandingkan dengan ikan goreng atau ikan masin bersama sambal belacan.
Alhamdulillah...lepas teringin makan labu masak lemak putih. Lain orang lain cara masaknya kan. Ikutlah nak masak cara macam mana pun, asalkan sedap ikut selera sendiri.
Alhamdulillah...lepas teringin makan labu masak lemak putih. Lain orang lain cara masaknya kan. Ikutlah nak masak cara macam mana pun, asalkan sedap ikut selera sendiri.
52 تعليقات
Suka sangat lauk ni. Betul ada ikan goreng garing + sambal belacan memang ummpphh.
ردحذفGabungan lauk ni dah kira cukup dah untuk kita berselera makan kan.
حذفsedapnya dik oi, lama betul tak makan menu ini sejak dah sakit ni labu tak boleh makan sangat. Akak pun dah jarang masak lauk kalau hujung minggu
ردحذفKann..sedap lauk ni sesekali dapat masak dan makan. Kena pantang makan tu kak Dana. Itulah kan, kalau kita sakit ni kurang sikit nak memasaknya.
حذفsaya suka jugak masakan gini cuma jrg2 masak bersantan...lebih2 lg now mr hubby dh CKD stage 3, byk benda tak leh mkn mcm zmn2 dulu
ردحذفOhh..faham sangat tu. Kalau macam tu kena elakkan masak masakan bersantan.
حذفsaya pun suka labu lemak putih. kadang - kadang makan dengan sambal udang.
ردحذفMakan dengan sambal udang pun sedap tu. Berselera makan. Lagi-lagi sambal udang petai.
حذفSelalu kenduri je ada labu ni. Lama tak makan. Kadang2 angin makan labu ni tu yang tak berapa suka sangat.
ردحذفBetul, kalau kenduri di kampung kadang ada lauk labu ni. Labu sedap, tapi tulah berangin.
حذفPair dengan lauk bergoreng. InshaAllah menambah nambah.. atau lauk bersambal 😋😋😋
ردحذفMemang berselera kalau pair dengan lauk bergoreng dan ada sambal.
حذفJarang Cuya merasa lauk gini. Kat rumah tak pernah beli labu
ردحذفMungkin sebab tak makan labu kot kan.
حذفwahh sedap labu masak lomak nih.. walopon simple jakk
ردحذفBetul tu wak. Lauk sedap walaupun simple. Tapi kena ada ikan goreng dan sambal lagi sedap.
حذفAduh sedap ni Fiza...
ردحذفAkk suka kalau campur bayam tu 😋
Saya pulak belum pernah lagi masak campur bayam. Nanti nak try jugalah.
حذفsaya suka lauk ni. anything yg masak lemak kuah putih ni, memang faveret
ردحذفKannn..Lauk sayur masak lemak putih memang favourite.
حذفsedap. si bongsu tu suka sangat sayur labu masak lemak ni. kalau ada ikan goreng memang bertambah la dia makan.
ردحذفsaya pun rebus dulu baru masuk santan.dapat la sambil cuci piring sementara dia empuk sikit, kalau dah masuk santan awal lama benar nak tunggu dia empuk. haha
Ada ikan goreng tu lagi berselera makan. Betul, masak bagi empuk dulu lagi senang dan cepat rasanya kan.
حذفlabu tk mkn tp kuahnya makan kalo mak masak
ردحذفKuah pun sedap. Tapi kena hirup suam-suam gitu sedap. Kalau dah sejuk kurang sedap rasa dia.
حذفlauk kegemaran saya, less is more. laga dgn sambal belacan, ok mai nasi dua pinggan.
ردحذفphiza, i miss u.
Ada sambal tu lagi sedap Sya. Miss U too!
حذفNampak sedap juga masak lemak labu ni tapi sebenarnya tak pernah masak lauk ni. Kalau lemak putih kobis pernah.
ردحذفKobis masak lemak putih pun sedap. Saya suka juga.
حذفKaaaak saya save resep nya, 😍😍. Sedaaap bayangkan labu masak lemak begini. Simple, tapi hangat di perut. Yg beginilah yg memang buat kita selalu rindu dengan mama kan. 🥹.
ردحذفBeberapa resep yg kakak tulis, beberapa kali saya buat, dan sesuai juga dengan selera saya 🤗
Silakan masak nanti Fanny. Kena ada ikan goreng atau ikan masin dan sambal belacan baru ngam lagi. Betul, lauk begini membuatkan kita rindu masakan mak kita. Oh ye? Alhamdulillah kalau kena dengan selera.
حذفJadilah masak sedikit untuk diri sendiri, nak masak lebih orang lain tak makan, kita pulak termakan lebih nanti, betul tak?
ردحذفItulah tu. Jadilah dapat melepaskan rasa teringin tu kan. Makan lebih tu dah semestinya, bukan selalu. Hihi...
حذفMkn dgn sambal belacan
ردحذفMemang ngam tu Rabia, kena tambah ikan goreng atau ikan masin lagilah sedap.
حذفLabu masak lemak memang kesukaan saya.
ردحذفSamalah kesukaan kita kan.
حذفsedap sangat masak labu lemak macam nie , kalau saya suka tumbuk bawang lada ikan bilis dan kunyit hidup . Masakan kampung nie kalau masak ulang-ulang pun takan bosan , tetap menu menambah nasi . Heheheh
ردحذفYang ditumbuk bahannya ni lagi sedap rasa dia kan. Betul, setuju sangat. Masakan kampung ni tak pernah jemu. Berselera makan.
حذفNampak sedap laa. . .
ردحذفJika pencinta labu dan lauk begini, pasti sedap.
حذفLabu masak lemak mmg sedap.. gu dgn ikan kering or ikan goreng... sodapppp
ردحذفAda ikan kering atau goreng, kena ada juga sambal belacan gu dia. Mantap!
حذفMakanan arwah atok KSarie juga ni. KSarie kalau makan masak lemak labu dengan ikan goreng dan sambal belacan confirm 2 kali tambah nasinya😅
ردحذفMemang ngam kombinasi tu dengan lauk labu ni. Bertambah tu dah tentu lah kan. hihi...
حذفMasak lemak labu mmg simple dah sedap... Samalah kita kalau teringin nak masak sesuatu tapi dlm rumah kita seorang sahaja yg makan benda tu, mmg akan fikir 10 kali nak msak huhuu..
ردحذفTahu takpe. Kalau teringin sangat, kena rajinkan diri juga masak. Janji lepas rasa teringin tu kan.
حذفSuka labu masak lemak ni, akan tetapi sis tak pernah masak lauk ni kat rumah.. hehehe..
ردحذفHihi..takpe, kita faham je. Ada menu yang kita suka tapi tak pernah masak.
حذفsuka lauk2 gini. tak payah pening2 nak masak berjam2 kat dapo..hehehe
ردحذفBetul tu, nak masak pun mudah je.
حذفSaya suka labu, Kak. Saya pernah masak sayur lodeh labu tapi ternyata masakan saya kurang enak. Jadi saya lebih suka masak kolak labu yang manis dengan santan, gula merah, kolang-kaling, dan agar-agar hitam. Btw, nice to meet you ya, Kak. Salam kenal dari saya (Farida) dari Indonesia.
ردحذفKiranya labu lodeh tu lebih kurang masakannya begini ya kalau disana? Labu sedap juga dijadikan pemanis mulut. Saya suka kedua-duanya.
حذفSalam kenal Farida.