Sebelum ni kita hanya kenal flat peach/donut peach yang viral tu kan. Rupanya ada jenis-jenis donut peach yang saya tak tahu. Masa pergi Jaya Grocer haritu saya perasan ada nectarine donut, peach donut dan juga jumbo peach donut.
Saya beli dua jenis flat peach iaitu nectarine donut dan peach donut. Jumbo peach donut tu sama dengan peach donut rupa dia cuma lebih besar daripada biasa dan 1 pack tu ada 4 biji je. Kalau saiz biasa ni ada 6 biji.

Jadi, marilah kita buat perbandingan nectarine donut vs peach donut. Kedua-duanya ni dalam keluarga Saturn peach / flat peach yang mempunyai bentuk leper seperti donat.

Kesimpulannya, kedua-duanya manis dan berbentuk comel leper. Beza utama yang boleh kita tengok adalah dari segi kulit dan tekstur. Jadi lepas ni kalau kulit licin leper tu adalah nectarine. Jangan keliru lagi.
Entry sebelum ni saya pernah cerita beli donut peach versi kulit licin. Rupanya tu jenis nectarine donut. Lahhh..baru tahu!


Nectarine Donut vs Peach Donut
Peach Donut (Donut Peach / Saturn Peach)
- Kulit: Berbulu halus seperti buah peach biasa.
- Rasa: Manis, berair, ada sedikit masam.
- Tekstur: Lembut dan gebu bila masak sempurna.
- Populariti: Lebih dikenali dan mudah ditemui berbanding versi nectarine.
Nectarine Donut
- Kulit: Licin dan tidak berbulu adalah ciri utama nectarine.
- Rasa: Lebih manis dan kadang-kadang ada nota lebih “tajam” atau aromatik berbanding peach.
- Tekstur: Sedikit lebih pejal, tidak selembut peach.
- Penampilan: Lebih berkilat kerana kulit licin.
Kesimpulannya, kedua-duanya manis dan berbentuk comel leper. Beza utama yang boleh kita tengok adalah dari segi kulit dan tekstur. Jadi lepas ni kalau kulit licin leper tu adalah nectarine. Jangan keliru lagi.
Antara kedua-dua ni saya suka peach donut, lebih lembut sesuai untuk pemakai braces macam saya. Oh ya, selain tu ada juga golden donut peach. Ni versi warna kuning emas dan agak rangup.
40 Comments
Ooh..perbezaan yang jelas pada kulit buah.
ReplyDeleteAda macam-macam jenis rupanya, menarik untuk dicuba.
Nampaknya akak mungkin sama macam Fiza - suka jenis isi lebih lembut demi menjaga gigi 😅
Ye, betul!
DeleteSekarang kena cerewet memilih makanan demi menjaga keharmonian gigi.
ada perbezaan rupanya, masa tengah viral pernah lah try sebiji mungkin dapat yang belum masak ranum jadi ia macam tasteless pada kak ana masa tu, mungkin kalau dapat yang masak ranum sedap kut naa :)
ReplyDeleteKena cuba yang betul-betul masak tu baru sedap. Manis dan lembut. Tasteless mungkin muda lagi dan rangup kot kan.
DeleteKalau saya suka yang sedikit asam
ReplyDeleteLebih menantang di lidah
Oo suka yang masam sikit ye.
DeleteTak pernah beli lagi walaupun viral 😄
ReplyDeleteIt's okay. Lain orang, lain selera.
DeleteRasanya belum pernah beli buah peach ni. Makan yang dah proses adalah. Perasan juga kat Jaya Grocers ada jual, mungkin boleh try nanti.
ReplyDeleteSaya tak pernah lagi jumpa donut peach yang dah diproses. Kalau peach biasa tu adalah dalam tin kan. Nanti boleh cuba yang donut peach ni atau nectarine donut.
Deleteooh buah peach import dari sepanyol nih., hehe
ReplyDeleteYe wak.
DeleteIkut perbandingan rasa suka nectarine tapi tekstur tekstur keras pula.
ReplyDeleteDia taklah keras sangat. Masih lembut juga.
DeleteMZ tak pernah mkn buah peach ni...tak sure kena dgn tekak or not
ReplyDeleteMungkin boleh cuba beli dan rasa kalau teringin.
Deletepeach donut mkn time viral dlu je
ReplyDeleteHihi..dulu bukan main payah nak jumpa kan sebab viral dan terlajak laris. Sekarang banyak kat rak.
Deletealahai comel je perbezaan saiz utk dua ketul ni.
ReplyDeleteyg lebih manis tu peach donut la kan
Dua-dua pun manis. Peach donut tu lebih lembut dan juicy.
DeletePernah makan peach donut masa viral dulu tapi masa tu harga dia dah turun sikit lah.
ReplyDeleteSekarang pun masih sama harganya kak. huhu...tak menurun pulak harganya.
DeleteBeneran deh, saya mau cari buah ini di Jaya Grocery nanti 😍😍😄. Penasaran nak rasa. Pernah cari di toko buah premium di Indonesia, susah dapat nya.
ReplyDeleteJangan lupa cari nanti ye Fanny. Rasanya sekarang macam musim donut peach sebab banyak stoknya tu, macam kurang orang beli. Tak tahulah November nanti masih ada ke tidak.
DeleteKSarie belum pernah makan kedua-duanya. KSarie biasa terkelembap bab-bab makanan viral dan gossip di ofis😅Sokmo orang yang terakhir dapat maklumat. Nanti kalau terjumpa peach ni mungkin boleh beli.
ReplyDeleteNi viral lama dah KakSarie masa lepas PKP kot kalau tak silap. It's ok. Ada rezeki nanti dapatlah mencubanya kan.
Deletehuhu kiter kalau pear pun makan yg lembut. risau bracket braces tercabut
ReplyDeleteKannn..risau betul nak makan keras-keras ni. Kalau bracket tercabut rasa macam betul nak ke klinik. Cukuplah sebulan sekali je pergi.
DeleteKedua-dua jenis akak belum cuba lagi. Nectarine donut tu, lebih comel.
ReplyDeleteKalau terjumpa atau rasa nak cuba nanti bolehlah cuba kak Nur. Ya, nectarine donut tu lebih comel saiznya.
DeletePernah beli peach donut tahun lepas rasanya.
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteSaya suka air peach tapi tak pernah lagi makan buah peach segar.
ReplyDeleteAda ye air peach, tak pernah jumpa pulak. Pernah nampak buah peach dalam tin je. Tapi tu peach biasa bukan donut peach. Saya lebih suka buah donut peach segar.
DeleteIngatkan donat bulat bergula tu tapi buah pic ya.....pernah makan dulu.....
ReplyDeleteBukan, donut peach buah. hihi...Sedap kan.
DeleteKali pertama nampak buah ni tau..rupanya bagus untu kesihatan gigi kan..
ReplyDeleteRasa pun sedap!
DeleteAkak pernah cuba yang peach donut je..yang satu lagi tu x pernah...kalau jumpa nak jugak cuba..
ReplyDeleteBoleh cari di Jaya Grocer atau Mydin kak.
Delete