Dalam perjalanan balik Seremban dari Kuala Lumpur ambil mak, kami singgah makan malam di Richiamo Coffee Pajam, Nilai. Tak ada idea nak makan kat mana. Sinilah kami singgah makan malam. Waktu dah hampir jam 9.00 masa tu.
Ada masa 1 jam lagi sebelum Richiamo Coffee tutup. Masa kamia sampai cuma meja je ada penghuni. Okaylah tu, tak lama sangat menunggu nanti kan.
Nampak dekorasi baru di Richiamo Coffee Pajam, Nilai ni. Tak tahu lah baru ke lama. Kali terakhir datang singgah makan tengah hari di Richiamo Coffee sini bulan Mac tahun lepas.

Dah banyak juga perubahan dekorasi, semakin meriah. Macam biasa encik suami buat pesanan di kaunter. Saya dan mak duduk di tempat pilihan berdekatan dengan dinding kaca telus cahaya.

Siap ada dekorasi untuk sambutan birthday lagi. Tak pernah nampak pula cawangan lain ada dekorasi birthday ni. Menarik juga kan sambut birthday di sini ada dekorasi birthday.

Tak lama menunggu buzzer pun berbunyi. Pesanan kami siap semua sekali. Senang sekali ambil je di kaunter. Macam biasa saya pesan set nasi daging salai asap which is daging salai masak lemak cili api.
Tengok rupa daging salai asap kali ni macam kurang menarik. Rasa dia agak kurang sikit. Macam santan dia kurang sikit. Sebelum ni makan di sini menu ni okay je. Maksudnya tak konsisten lah kan.
Kecewa sikit tapi saya makan je. Hidangan saya, camera makan dulu.

Encik suami pesan set nasi daging hitam dan mak mentua pilih nasi lemak daging rendang. Nasi lemaknya tak ada, ganti nasi putih. Gambar tak ada sebab tak nak kacau mak mentua makan, nanti lambat pula.

Hazelnut latte saya tetap tak dilupakan. Mana boleh tanpa dia. Di Richiamo Coffee Pajam Nilai ni masih maintain mengekalkan cawan warna putih. Di tempat lain warna hitam. Latte art yang kemas can cantik. Rasa dia tentulah kopi yang sedap. Terima kasih barista yang buat air kopi sedap ni untuk saya.
Terubat sikit kecewa dengan daging asap salai tu tadi.
Sedikit info yang saya dapat dari AI overview, Richiamo (Ri-KEE-AH-MO) maksudnya memikat atau menarik perhatian dalam Bahasa Itali. Dalam konteks Kafe, Richiamo Coffee menggunakan nama ini untuk menunjukkan bahawa mereka menawarkan kopi premium yang berkualiti dan lazat yang akan menarik pelanggan untuk mencuba dan kembali lagi.
Ya, itu benar. Berkali-kali sudah saya datang kupi-kupi di Richiamo Coffee beberapa cawangan.
34 Comments
nice nya menu, kita selalu fikir restoran begini biasanya hanya serve kopi dan kek saja.
ReplyDeletelepas ni boleh dicuba, terima kasih share.
Ya, silakan mencuba. Kalau nampak Richiamo Coffee ni terus masuk okay.
DeleteSama².
nasi putih tu nampak sedap,mcm pulut.....❤
ReplyDeleteSedap sangat. Ya, mak mentua saya pun cakap macam tu. Macam sticky tapi berderai. Nice.
DeleteBaca tajuk, terus teringat rumah NS akak 😀
ReplyDeleteLast balik rumah sana, singgah makan di sini memang perasan dekorasinya makin meriah.
Betul pasal rasa tu, tak konsisten. Tapi Richiamo tetap jadi antara pilihan utama sebab tempat makannya elok dan biasanya tak ramai orang. Dapat makan dengan tenang.
Hihi..Ohh akak dah singgah ye. A'ah makanannya selesa untuk kita. Masa kita sampai tak ramai orang tu best. Tenang nak makan pun. Saya suka begitu.
Deletenampak santai tempat nya....nak lepak pun tenang
ReplyDeleteSangat santai dan tenang. Selesa untuk kita menjamu selesa dan lepak mengopi disini.
DeleteBaca post ini langsung buat rasa hendak mengopi di Richiamo walaupun KSarie bukan peminat kopi hipster😅
ReplyDeleteHihi...KSarie kena cuba dulu.
DeleteTenang cawangan Richiamo yang ini. Tak ramai orang, bagus juga. Boleh minum kopi dan makan dengan tenang. Menggoda betul hazelnut latte tu. 😋
ReplyDeleteYa, biasanya tenang begini. Mungkin saya datang bukan waktu peak hour masa makan kot. Itu yang kurang orang. Next time kena cuba hazelnut latte pulak Kak Nur.
DeleteAkk pun suka RC... Cuma lama dah tak singgah dekat Prima SG tu ...
ReplyDeleteYelah kan, kadang kita ni teringin nak makan benda lain. Lagipun sekarang banyak pilihan tempat makan, tempat mengopi. Pilih mana yang sesuai ikut keadaan dan selera.
Deletesuka juga lepak dekat richiamo coffee. sebab santai. ada nasi. ahhahaha
ReplyDeleteBetul-betul. Menu pun banyak ada makanan ringan dan berat ikut selera kita.
DeleteTerliur pulak tengok ikan kering tu....
ReplyDeleteIkan kering jugak jadi pilihan uncle ye.
DeleteMungkin santan habis. Dah nak tutup. Kelam-kabut diorang masak. 😁
ReplyDeleteTak pastilah tu. Harap dorang kekalkan masakan yang sedap.
Deletecantik cafe nya..tenang je
ReplyDeleteYa, tenang dan selesa. Itu yang kita suka datang makan sini.
Deletewarna kuah tu kalau tak beritahu saya ingat tu lauk kurma ;-)
ReplyDeleteTerus jadi lauk kurma daging kan. hihi..Kuningnya ok, santannya yang kurang.
DeleteBila cafe atau tempat makan bersih dan tenang, dan makanan sedap, memang kita akan repeat, kan.
ReplyDeleteBenar, bila dah selesa situ je lah kita pilih.
Deletedah berapa lama dah richiamo ni wujud, belum sempat singgah lagi.. padahal banyak je branch kat johor ni
ReplyDeleteHihi...Mungkin belum masanya untuk singgah. Kot nanti teringin nak cuba bolehlah singgah.
DeleteRasanya memang tiap2 minggu baca entry akak pergi richiamo ni :p mesti dah rasa semua menu kan? Hehe
ReplyDeleteLately je macam kerap sebab keluar. Kalau tidak jarang juga. Tak rasa semua menu, balik-balik pesan yang sama je. hihi...
DeleteDari gambar pun nampak ceroi lauk daging salai tu..tapai xpe la,mungkin hari Fiza pergi tu memang diorang kekurangan santan kan?
ReplyDeleteMungkin juga lah tu. Takpelah kan, dah tu je rezeki untuk hari tu. Kita makan je.
DeletePenataan ruangan sungguh cantik dan rapi sekali, Mbak. Pastinya akan betah pengunjung cafe ini.
ReplyDeleteHazelnut latte itu Mbak...lihat fotonya saja sudah terbayang sedap meminum nya...
Salam,
Ya, ruangan Richiamo Coffee ni luas, selesa, kemas dan menarik. Ya, ini sudah banyak kali. Hazelnut latte memang sedap dah jadi kegemaran saya.
Delete