Harini tak kemana sebab kereta masuk wad, dah sampai masa tukar itu ini. Kena jugalah tukar kalau tidak lagi sakit dikemudian hari. Pagi hantar, petang baru siap. Nak ambil kereta tu kirim pada Encik suami beli Kenangan Coffee sekali.
Nak mencuba Osmanthus In Bloom, minuman baharu Kenangan Coffee yang beraroma eksklusif katanya. Wajib cuba bila keluar minuman baru.
Dalam Bahasa Melayu pula disebut sebagai bunga kayu manis cina atau bunga gui hua walaupun bukan dari keluarga kayu manis sebenar. Nak tahu bunga dia macamana boleh google atau tengok di instagram Kenangan Coffee.
Begitulah sedikit sebanyak maklumat tentang bunga Osmanthus. Ini pertama kali saya dengar nama bunga ni. Bunganya pun cantik.
Kiranya dijadikan minuman teh moden yang dicampurkan dengan susu dan sirap manis mungkin. Ada 4 jenis minuman dalam rangkaian Osmanthus in bloom ni iaitu:

Nak mencuba Osmanthus In Bloom, minuman baharu Kenangan Coffee yang beraroma eksklusif katanya. Wajib cuba bila keluar minuman baru.
Apakah Osmanthus?
Osmanthus merupakan tumbuhan berbunga yang terdiri daripada keluarga Oleaceae. Asalnya tumbuhan ini dari Asia Timur, khususnya China, Jepun dan Asia Tenggara. Dikenali dalam bahasa Cina sebagai 桂花 (guì huā).Dalam Bahasa Melayu pula disebut sebagai bunga kayu manis cina atau bunga gui hua walaupun bukan dari keluarga kayu manis sebenar. Nak tahu bunga dia macamana boleh google atau tengok di instagram Kenangan Coffee.
Ciri-ciri Bunga Osmanthus
- Bunganya kecil berwarna putih, kuning atau oren.
- Memilik haruman yang sangat wangi dan bau manis terutama bila dikeringkan.
- Sering digunakan dalam minuman teh, pencuci mulut dan manisan tradisional Cina.
Penggunaan Osmanthus
- Mempunyai manfaat seperti membantu penghadaman dan menyegarkan nafas.
- Dijadikan sebagai minuman iaitu Teh Osmanthus (Osmanthus Tea), teh yang beraroma manis diperbuat daripada bunga kering.
- Untuk makanan pula digunakan dalam kuih bulan (mooncake), jeli, dan manisan Asia.
Begitulah sedikit sebanyak maklumat tentang bunga Osmanthus. Ini pertama kali saya dengar nama bunga ni. Bunganya pun cantik.
Bagus juga Kenangan Coffee keluarkan rangkaian minuman Osmanthus in bloom ni. Barulah kita tahu tentang kewujudan dan manfaat Osmanthus secara tidak lansung.
Kiranya dijadikan minuman teh moden yang dicampurkan dengan susu dan sirap manis mungkin. Ada 4 jenis minuman dalam rangkaian Osmanthus in bloom ni iaitu:
- Sea salt osmanthus milk, with oat milk topped with sea salt cream
- Sea salt osmanthus latte, freshly pulled espresso with osmanthus-infused oat milk, topped with sea salt cream
- Sea salt osmanthus milk tea, infused black tea, topped with sea salt cream for a refreshing twist
- Sea salt osmanthus slushy, infused black tea with ice-crushed sea salt cream and served without whipped cream

Untuk buat rasa-rasa, saya pilih sea salt osmanthus latte panas. Aromanya wangi bau manis-manis bunga osmanthus. Walaupun tak pernah bau bunga tu tapi bau wangi floral dia tu terserlah dan sangat eksklusif. Wangian bunga premium gitu.
Macam bauan rose dalam kopi atau teh tu ibaratnya. Kan wangi. Kalau buat perfume bau osmanthus ni mesti best dan harum baunya.
Rasa dia macamana pula? Rasa dia macam kopi susu lemak manis yang pekat beraroma floral. Rasa macam teh susu pun ada. Eh, kita confused lah! Untuk cuba kali pertama ni okaylah rasa dia. Boleh minum. Tapi nak ulang beli tu mungkin kalau teringin.
Osmanthus in bloom ni special sikit didatangkan dengan cup warna hitam edisi terhad bermotifkan bunga osmanthus tu sendiri. Kalau beli yang panas saiz kecil, beli yang sejuk dapat saiz besar.
22 Comments
Sama lah kak....baru kali pertama dengar nama tu....
ReplyDeleteKann..nama dia memang tak familiar betul. Kira tambah ilmu jugalah ni. Dapat tahu nama bunga yang lain.
DeleteTak pernah cuba lagi kenangan coffee ni. Masa pergi KL nampak je tapi takde keinginan nak mencuba lagi.
ReplyDeleteNanti-nanti bolehlah cuba Kenangan Kopi pulak. Tukar selera kopi. hihi...
DeletePertama kali dengar nama bunga ni. Tapi in malay nama dia bunga kayu manis (bukan cinnamon). Rasa macam teh rose ye.
ReplyDeleteSaya kalau teh aroma ni pernah rasa white peach oolong je 🤣
Kan...Nama dia tak pernah dengar. Itulah tu, nama bunga kayu manis tapi bukan dari pokok kayu manis. hihi.
DeleteTak, perumpaan dia macam teh berbau bunga rose gitu. Bau aroma bunga. Kalau Oolong tea, Family Mart punya sedap. White peach Oolong tu minuman yang mana ek?
nak try la menu baru ni.. selalu minum kopi latte je. haha
ReplyDeleteSilakan mencuba. Teh series kecuali yang latte tu.
DeletePertama kali dengar tentang bunga ni. Bagus la, ada kelainan rasa teh atau kopi yang boleh dicuba.
ReplyDeleteSamalah kita kak. Betul, sesekali keluarkan perisa yang lain sikit.
Deletenamanya begitu susah untuk di sebut, makanya kita skip je la. heheee...
ReplyDeletekehidupanku sudah begitu syulit utk dipeningkan, adeih!
tapi design cup tu, lawaaa!!!
Tahu takpe. Nak ingat pun ambil masa. hihi. Design cup dia memang tiptop lawa.
DeleteTergeliat lidah hendak menyebut nama bunga Osmanthus yang baru pertama kali KSarie dengar. KSarie tumpang baca cerita kesedapan minuman yang satu ini daripada Aphizha je la ye. Tapi design cup dia molek begitu.
ReplyDeleteNampaknya kita geng pertama kali dengar nama bunga ni. Hihi..Ya, design cup dia molek sungguh motifnya. Kena dengan tema bunganya.
DeleteRare betul. Macam-macam diorang buat untuk bersaing.
ReplyDeleteKann...masing-masing nak merebut hati para pembeli. Tapi okaylah mereka bersaing secara sihat. Pembeli pun ada banyak pilihan.
Deletenama dia..wow. cup nya pun cantiks.. tapi tak la kot, MA ni cerewet skt bab kopi.. x suka yg manis.. nie ada bau2 floral plak..emmm..nak bau kopi je....boleh?
ReplyDeleteRupa paras seiring namanya. Wow sangat. Bau kopi tu tetap ada cuma ditambah bau floral. Boleh je, pilihan masing-masing.
Deletepenah minum sekali je kot osmanthus ni tp tak kena dgn selera sy. mungkin kena try yg ni kot mana laa tau sedap kannn
ReplyDeleteOo pernah keluar dulu ek Anies? Mungkin sebab floral tu tak ramai yang minat. Nak cuba tu boleh je, silakan.
DeleteAmmi ni kan sejenis tak ada kekuatan nak mencuba yg pelik2. Kan kalau zus keluarkan mcm2 flavor tembikai la, pumpkinla…mmglah ammi tak cuba
ReplyDeleteHihi...Minat kearah lain tu Ammi. Yang tembikai Zus saya pernah cuba. Sedap tapi kurang kaw sikit rasa kopi dia.
Delete