Semalam makan malam awal sebelum jam 7.00 malam. Encik suami balik awal, kita pun makan malam awal lah. Saya masak ikan kembung goreng, ulam bendi celur sekejap dan sambal geprek. Ringkas tapi menyelerakan.
Dah makan awal, malam sikit rasa macam lapar lah pula. Dia bukan boleh kalau lapar, nanti tak boleh tidur selagi tak makan. Nak masak mi maggi macam taknak makan maggi.
Jadi belilah mi bandung di Warung Siti Hakim. Tengok di grab masih buka lagi tapi hampir nak tutup dah sebenarnya. Rezeki lah dapat buat pesanan sebelum tutup.

Mi bandung ni diletak dalam bekas makanan macam ni. Dah berbekas-bekas saya simpan, boleh buat bekas barang basah. Lagi elok tersusun dalam peti ais.
Satu hidangan mi bangung dia cukup segala rencahnya. Ini mi bandung udang special. Dia ada mi bandung biasa, mi bandung daging, mi bandung udang galah, mi bandung udang dan mi bandung special ni ada udang lebih. Ada 5 ekor udangnya.


Ada telur goyang, sawi, kek ikan, cili potong dan taburan daun bawang goreng. Saya minta pedas, dia letak cili potong. Dia lagi sedap kalau buat pedas terus kuahnya. Tak tahulah kenapa kalau minta pedas dia bagi cili potong. Patah selera kita sikit.

Penuh satu pinggan makan. Berantakan semuanya dalam pinggan selepas saya pindahkan. Lantaklah situ. Dah tak estetik dah gambarnya.
Saya tak letak kuah semua nanti melimpah. Biasanya mi bandung memang tak melimpah sangat kuahnya. Cukup-cukup gitu. Tapi bila tak letak semua dah nampak gaya makan laksa Johor lah pula.
Kuah mi bandung dia sedap, cukup rasa. Kuahnya ada campuran kacang. Ada rasa manis udangnya. Tak tahulah ni mi bandung Muar ke apa. Mirip-mirip lah. Dia bukan sejenis kuah yang campur sos tu. Ini kuah mi bandung asli. Bukan mi bandung tipu.
Selain mi bandung Selera Johor, saya juga suka mi bandung Warung Siti Hakim ni. Nak lagi sedap, kena ke Muar lah kita.
28 Comments
Eh eh...apesal akak x tau area situ ada tempat makan best..kalau tau x yah pi Muar carik...hahahaha...
ReplyDeleteMostly makanan dia sedap. Cuma mi bandung ni taklah macam mi bandung Muar tu. Tapi mi bandung dia sedap juga bukan macam mi bandung yang kuah sos tu. Boleh cuba kak.
DeleteSiap ada telur ceplok tu, Fiza. Memang rezekilah tu, sempat order sebelum kedai tutup. Yang bijaknya, tengok di grab dulu, tidaklah kecewa kalau datang dah tutup. Kita pun suka simpan bekas-bekas macam ni, senang nak simpan barang basah yg kecik2 macam udang ke, sotong ke, daging 200gm ke, hehehe.
ReplyDeleteHihi... Kalau nak tahu kedai buka ke tak, memang tengok kat grab. Senang. Betul, bekas ni sangat berguna nak simpan barang basah atau makanan lain.
Deletesiap la kak...da buat entry ni kena serbu la nanti kedai ni hahahaha
ReplyDeleteHihi..kita buat level KA, post je terus orang datang. Kita promote sebab sedap. Kalau orang ramai datang tu rezeki kedai tu lah.
Deletesedapnya mi bandung tu...suka mi bandung yg isi daging
ReplyDeleteIsi daging dia pun pernah order juga. Sedap dagingnya lembut.
Deleteselalu gitu, kalau nak pedas letak cili jeruk...kita nie tak makan cili jeruk...tak reti
ReplyDeleteBukan cili jeruk, cili potong biasa tu. Tak dijerukkan.
DeletePenasaran dengan rasa mi bandung, Mbak.
ReplyDeleteMelihat fotonya, sepertinya sedap...
Kata "bandung" itu membuat penasaran. Karena disini "Bandung" itu nama ibu kota provinsi Jawa Barat.
Ternyata kata "bandung" pada mi bandung tidak ada hubungannya dengan nama kota "Bandung"...
Salam,
Ya, sedap rasa mi bandung ni. Bukan hanya sedap dipandang. Mungkin juga. saya pun tak mengkaji sejarahnya.
Deleteisk ni pakat semua makan mi bandung,
ReplyDelete"maaak, kita nak balik mak!"
baru nak cakap nampak mcm laksa Johor, ihiks!
rupa parasnya pun nampak yummy!
Hihi... Nanti balik Johor kena cari ni. Singgah Muar. Kann..lebih kurang rupanya kalau letak kuah sikit. Mi bandung ni bukan nampak nyummy je tapi memang nyummy.
DeleteNampak sedap tu...
ReplyDeleteBest kalau cukup segala rencah dan aksesorinya, memang nikmatlah kan
Bukan nampak je, sedap rasa dia. Nikmat menjamu selera.
DeleteWow! pakai pinggan kangkung tu yg lejen
ReplyDeleteHihi..Pinggan minta mak kat kampung. Dapatlah buat props untuk ambil gambar.
DeleteNak cuba, tapi jauh la pula :)
ReplyDeleteTakpe, kot terlimpas kawasan ni bolehlah singgah mencuba.
DeleteNampak pun sedap sangat
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap menurut selera saya.
DeleteDari gambar, nampak sedap mi bandungnya, Fizah. Kuahnya pekat, dan banyak pula tu. Siap ada telur kuning cair. Lama tak pekena mi bandung.
ReplyDeleteSedap ni kalau teringin makan mi bandung. Ala-ala mi bandung di Johor. Ya, telur kuning begitu signature dish mi bandung juga kan. Kena cari mi bandung tu nanti Kak Nur.
DeleteAmmi pun suka makan kat kedai ni. Suka order nasi goreng ikan masin pedas kalau kat sini
ReplyDeleteNasi goreng ikan masin pedas saya tak pernah order lagi. Biasa beli mi bandung, mi goreng mamak, kuetiau goreng, nasi goreng ayam kunyit dan sup dia sedap!
Deletejarang dapat mi bandung ada telur goyang...
ReplyDeletesaya kalau makan mi kuah mesti meladung baru ada feel hahaha
Kann.jarang ada telur goyang. Ini sebab tak muat dah kita nak curah. Dah makan sikit, saya curahkan lagi baki tu. hihi...
Delete