Selesai urusan di klinik gigi, terus gerak balik Kuala Pilah. Dah nak hujung-hujung Ramadan baru berkesempatan berbuka dengan keluarga. Disebabkan sakit batuk dan selsema berpanjangan tu memang elak jumpa orang.

Risau kalau berjangkit. Tak pasal nanti kita jadi punca. Duduk diam-diam di rumah kalau tak ada keperluan keluar.

Dalam perjalanan balik kampung, encik suami request kat mak nak kuih sopang. Bahan-bahan takdo, singgah kedai beli kelapa nak buat inti dan kuahnya.

Disebabkan masih dalam alahan kulit. Encik suamilah yang tolong mak. Saya tolong sikit-sikit selagi mana tak panas, tak haba, tak peluh, tak asap, tak habuk. Bila rasa tak tahan kena berhenti.

Sebelum apa-apa, buat intinya dulu. Untuk intinya guna kelapa parut kelapa muda. Masak dengan gula anau tambah air sikit. Tak perlu tambah gula dah. 

Kuih Sopang Nismilan

Lepas tu ayak tepung pulut, adun sampai tak letak di tangan. Kuih sopang bentuknya begini macam karipap. Bulatkan doh lenyek atas plastik, letak inti lepas tu lipat dua jadi macam bentuk karipap. Lebih kurang sama macam buat karipap cuma karipap tu guna acuan dan kena kelim.

Kuih sopang kelim tekan tekan sikit je janji tutup. Alas daun pisang letak dalam loyang.

Kuih Sopang Nismilan

Tuangkan santan yang dicampurkan garam sikit sebelum masuk dalam pengukus. Kukus dalam 10-15 minit macam tu sampai masak.

Kuih Sopang Nismilan

Ini rupa kuih sopang yang dah masak. Letak dalam pinggan, tuangkan lagi santan yang dah dimasak campur garam sikit. Maksudnya ada dua adunan santan. Satu tuang masa masak dalam pengukus dan satu masak asing tuang selepas masak. Begitulah kalau ikut cara mak mentua saya di Kuala Pilah.

Kuih Sopang Nismilan

Ada cara lain, kukus dulu kuih sopang baru tuang santan yang di masak. Lain orang lain caranya. Kuih sopang ni bagi orang Johor sama macam kuih badam berendam versi bulat tu.

Alhamdulillah..akhirnya dapat juga encik suami makan kuih sopang mak buat. Kalau tidak, asyik dok mencari kuih sopang je. Kadang tu lah, kita rindu air tangan mak kita kan.

Haritu saya balik kampung pun request pajeri nanas mak buat. Dapat juga. Sesekali je nak request, bukan selalu.

Balik kampung, dapat juga hadiah dari adik ipar. Walaupun birthday dah berlalu. Birthday kami sama tarikh. Hadiah dia saya dah pos tapi lambat sampai juga. Sama-samalah kami dapat lambat.

Hadiah Birthday