Bulan Zulhijjah adalah salah satu bulan istimewa bagi umat Islam dimana umat Islam akan menyempurnakan rukun Islam kelima iaitu menunaikan ibadah haji. Zulhijjah juga dikenali dengan bulan haram. Bulan yang diharamkan untuk berperang kerana dianggap bulan yang suci.

Istimewanya bulan Zulhijjah yang terkandung banyak kelebihan, terutamanya pada 10 hari awal bulannya.

Tarikh Dan Niat Puasa Sunat Zulhijjah

Antara amalan penting pada 10 hari awal bulan adalah puasa dari 1hingga 9 Zulhijjah.

baca juga : kelebihan dan amalan 10 awal Zulhijjah

Tarikh-tarikh Penting Puasa Zulhijjah 1445H/ 2024M (Malaysia)

SUNNAH PUASA 1-9 ZULHIJJAH

  • 1 Zulhijjah/ 08.06.2024 (Sabtu)
  • 2 Zulhijjah/ 09.06.2024 (Ahad)
  • 3 Zulhijjah/ 10.06.2024 (Isnin)
  • 4 Zulhijjah/ 11.06.2024 (Selasa)
  • 5 Zulhijjah/ 12.06.2024 (Rabu)
  • 6 Zulhijjah/ 13.06.2024 (Khamis)
  • 7 Zulhijjah/ 14.06.2024 (Jumaat)
  • 8 Zulhijjah/ 15.06.2024–Hari Tarwiyah (Sabtu)
  • 9 Zulhijjah/ 16.06.2024– Hari Arafah (Ahad)

HARI HARAM PUASA

  • Hari Raya Aidiladha : 10 Zulhijjah/ 17.06.2024 (Isnin)
  • Hari Tasyrik : 11 Zulhijjah/ 18.06.2024 (Selasa)
  • Hari Tasyrik : 12 Zulhijjah/ 19.06.2024 (Rabu)
  • Hari Tasyrik : 13 Zulhijjah/ 20.06.2024 (Khamis)

NIAT PUASA SUNAT ZULHIJJAH

(1-7 Zulhijjah)
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku puasa sunat di bulan Zulhijjah kerana Allah Ta’ala”

NIAT PUASA SUNAT TARWIYAH

(8 Zulhijjah)
نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku niat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Ta’ala”

NIAT PUASA SUNAT HARI ARAFAH

(9 Zulhijjah)
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta’ala”

Semoga Allah memberkati segala amalan kita. Aamiin...