Hari Sabtu yang sibuk. Pagi urusan di Pilah, petang urusan gigi di Seremban. Selepas sebulan 2 hari pakai braces (B1), tiba masanya jumpa doktor untuk braces monthly check up (B2). Appointment kali ni dengan Doktor lain pula. 

Braces Monthly Check Up

Lepas daftar, tak lama menunggu terus dipanggil masuk bilik room 3 di tingkat atas, Doktor A. Sebelum masuk, pilih dulu getah O ring braces di kaunter depan. Ada banyak pilihan warna. Rambang mata nak pilih mana satu.

Disebabkan saya dah decide awal nak tukar getah O ring warna apa, jadi tak makan banyak masa untuk memilih. Terus pilih warna hitam. Warna hitam antara warna yang popular di pilih oleh pemakai braces sebab nampak gigi putih, getah tak bertukar warna, tak nampak kotor dan nampak trendy.  

Braces Monthly Check Up

Braces Monthly Check Up, B2

Selain tukar getah O ring, doktor tambah 1 lagi bracket pada gigi geraham belakang. Rasa sakit sikit bila letak bracket baru sebab tekanan baru pada gusi mula terasa macam waktu mula-mula pakai braces. Tapi sakit tu kejap je lah, beberapa jam je. Lepas tu OK sudah.

Tapi kurang selesa sikit bila letak bracket baru tu, wayar besi hujung tu selalu bergesel dengan dinding mulut tepi. Kalau luka, confirm ulser! Mujurlah tahap toleransi kesakitan saya agak tinggi juga. Jadi boleh dibawa bincang. Malas nak guna ubat titis ulser dan wax yang dibekalkan. Hadap je lah.

Kalau pakai wax lekat pada hujung wire tu nanti risau pula tertelan sebab kalau nak makan kena tanggalkan. Bukan apa, risau lupa. Tu je. Baiklah kita tahan selagi boleh tahan.

Bulan depan, doktor akan review progress braces selama 2 bulan ni macamana. Setakat sebulan lebih pakai braces ni gigi tepi kiri kanan bawah dah nampak perubahannya. Gigi yang sendeng sudah mula menegak dah. Yeay! Alhamdulillah.

Tapi dalam masa yang sama ada beberapa batang gigi dah mula jarak antara satu sama lain. Kira cepat jugalah pergerakan gigi selama sebulan lebih ni.

Tak sabar nak tengok hasilnya selepas 2 bulan nanti. Harap gigi tak buat masalah lah nanti.