1 April 2024 bersamaan dengan 21 Ramadan 1445H. Ramadan menghampiri di penghujung. Dari bulan Mac bertukar April. Begitu pantas masa yang berlalu. Masa memang tak menunggu kita. Kita yang kena kejar masa.

April 2024

Aura raya dah terasa. Tapi rasa macam suram raya ni. Apa yang berlaku di Palestine, harga barang naik, perbelanjaan meningkat, masalah ekonomi dan macam-macam lagi lah.

Persiapan raya

Rata-ratanya buat persiapan ala kadar je. Yang penting 1 Syawal diraikan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran walaupun kehilangan orang tersayang tetap dirasai.

1 Syawal 1445H, Hari Raya Aidilfitri 2024

InshaAllah kita akan meraikan 1 Syawal 1445H, Aidilfitri pada 10 April 2024 nanti. Atau kita kena bersedia untuk raya terkejut sekali lagi? Kita nantikan saja pengumuman. 

Tarikh tengok anak bulan

Tapi  tarikh tengok anak bulan Syawal 1445H/ 2024 akan diumumkan pada petang hari Selasa, 9 April 2024 bersamaan dengan 29 Ramadan 1445H. Jadinya tak mungkinlah raya 9 April kan. Kita tunggu je lah pengumuman. 

Apa-apa pun buat persiapan awal tak kalut.

Tol percuma 2 hari sempena Hari Raya 2024

Kadar percuma tol selama dua hari bermula hari Isnin, 8 April 2024, jam 12.01 tengah malam sehingga hari Selasa, 9 April 2024,  jam 11.59 malam.

Jangan lupa muat turun/dowload PLUS app untuk tengok CCTV highway, boleh merancang perjalanan balik kampung.

Berhati-hati di jalan raya. Biar lambat asal selamat. Kalau penat, rehat. Kalau mengantok, berhenti dan tidur sekejap. Siapa yang ke Selatan, dah boleh singgah R&R Seremban yang baru siap di renovate tu. Besar dan menarik designnya. 

Cuti sekolah Raya Aidilfitri 2024

Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2024/2025, KPM telah menetapkan cuti sekolah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 mengikut kumpulan A dan kumpulan B. Dimana setiap kumpulan dbierikan cuti selama 9 hari berdasarkan hari hujung minggu.

Kumpulan A

Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
5 April 2024 - 13 April 2024

Kumpulan B

Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya & WP Labuan
6 April 2024- 14 April 2024
kredit : sumber

April 2024

—Page 92/366
Never get too busy making a living that you forget to make a life.
It's the little memories that will last a lifetime.

Cuti umum/ Public holidays April 2024

10 April – Hari Raya Aidilfitri 2024 (Cuti Umum)
11 April – Cuti Hari Raya Aidilfitri (Cuti Umum)
15 April – Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka)
26 April – Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu)

Sambutan pada bulan April
1 April – Sambutan Hari April Fools (April Fools Day)
2 April  – Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia (World Autism Awareness Day)
7 April  – Sambutan Hari Kesihatan Sedunia (World Health Day)
12 April  – Sambutan Hari Antarabangsa Penerbangan Manusia Ke Angkasa (International Day of Human Space Flight)
15 April – Sambutan Hari Senyap Sedunia (Day of Silence)
15 April – Sambutan Hari Berdialog (Day of Dialogue)
17 April – Sambutan Hari Hemofilia Sedunia (World Hemophilia Day)
22 April – Sambutan Hari Bumi (Earth Day)
23 April – Sambutan Hari Buku Sedunia (World Book Day)
25 April – Sambutan Hari Malaria Sedunia (World Malaria Day)
25 April – Sambutan Hari Penguin Sedunia (World Penguin Day)
26 April – Sambutan Hari Harta Intelek Sedunia (World Intellectual Property Day)
29 April – Sambutan Hari Tarian Antarabangsa (International Dance Day)
30 April  – Sambutan Hari Jazz Antarabangsa (International Jazz Day)