Selamat Hari Hutan Sedunia/Antarabangsa 2024. Dalam bahasa Inggeris juga dikenali dengan Happy International Forest Day, World Forestry Day, International Day of Forests. Banyak nama juga ye sambutan Hari Hutan ni.

Memandangkan kita ni pencinta hutan, suka masuk hutan, suka hiking. Jadi, sempena Hari Hutan ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Hutan 2024. Geng hikers pasti rindu nak hiking bila bulan puasa. Tapi ada je hikers tegar hiking juga di bulan Puasa ni. 

Bila kita masuk hutan, dekat dengan alam semulajadi boleh dijadikan sebagai satu terapi diri untuk kesihatan mental. Melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Allah membuatkan kita rasa tenang menikmatinya. 

Jagalah dan sayangilah hutan kita. Masuk hutan, jadilah manusia yang bertamadun jaga alam sekitar dan jangan buang sampah merata-rata. 

Selamat Hari Hutan Sedunia/Antarabangsa 2024

Hari Hutan Antarabangsa (HHA)/ Sedunia

Hari Hutan Antarabangsa (HHA) disambut pada 21 Mac pada setiap tahun. Penetapan tarikh tersebut mempunyai perkaitan dengan hari pertama Musim Bunga di Hemisfera Utara. Musim Bunga merupakan masa di mana cahaya matahari dapat dirasakan sepenuhnya selepas melalui tempoh Musim Sejuk dan pokok-pokok mulai menghijau semula dan berbunga.
 
Hari Hutan Antarabangsa (HHA) ini disambut sebagai simbolik kepada usaha-usaha ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

Tema Hari Hutan 2024

Pada tahun ini, Food and Agricultural Organization (FAO) telah memilih tema “Hutan dan Inovasi” sebagai sambutan HHA 2024. Inovasi dalam perhutanan telah menyingkap banyak penemuan baharu dalam meningkatkan keberkesanan, efisiensi, dan kelestarian amalan-amalan pengurusan hutan, termasuklah penghasilan produk-produk hasil bahan lestari daripada sumber hutan.