Beberapa hari lepas encik suami dapat Mixed Nuts Mahnaz Food dari seorang staff. Semua yang ada di situ dapat juga. Balik rumah konon nak surprise kita lah, sorok tangan kat belakang. Ala, benda dah biasa buat macam tu, kita tahu lah ada sesuatu.

Orang memberi, kita merasa. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Bulan Ramadan ni memang ramai orang akan mengambil peluang untuk lebihkan bersedekah dan berkongsi rezeki.

Tak sabar nak tunggu berbuka nak makan snek kekacang campuran ni.

Mixed Nuts Mahnaz Food

Ada sekali ucapan Ramadan Kareem. Sesuai sangatlah dijadikan sebagai hadiah untuk sesiapa juga dan sesuai juga dihadiahkan di bulan Ramadan.

Mixed Nuts Mahnaz Food

Bagus sangat pek dia ditutup dengan penutup tin supaya kekacang tak lemau masuk angin.

Mixed Nuts Mahnaz Food

Dalam dah seal tu, kuaci tu rasa lemau sikit. Mungkin sebelum dimasukkan dah lemau dulu. Lemau tak lemau kita makan je. Sedap juga dikunyah-kunyah dengan kacang dan kismis. Pelbagai rasa bercampur dalam mulut.

Baru perasan, kacang pistachio dan gajus tak ada. Kacang favourite tu. Kalau ada pasti lagi cepat habisnya.

Mixed Nuts Mahnaz Food

Terima kasih yang memberi. Semoga Allah limpahi dengan rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan dan kecukupan. Aamiin...