Malas nak bersidai lama di lobby Pavilion Hotel, lepak rumah anak buah kejap sementara tunggu encik suami habis kerja. KL dan jem berpisah tiada. Sana sini jem. Otak pun boleh jem juga.

Kebetulan tengah berhenti di lampu isyarat, nampak pula Menara Kuala Lumpur dari kejauhan. Kita ni pantang tau nampak apa-apa yang menarik depan mata. Mesti nak ambil gambar. 

Sementara menunggu lampu isyarat bertukar ke hijau, baiklah kita potretkan kejap Menara Kuala Lumpur tu sebelum hilang dari pandangan.

Dengan kuasa 5x zoom, ini je lah hasilnya. Edit edit sikit nampaklah jelas sikit. Langit mendung je, tak ada awan kepul-kepul dan tiada juga langit membiru.

Menara Kuala Lumpur

Seumur hidup saya belum pernah jejak lagi Menara Kuala Lumpur @KL Tower ni. Mungkin malas nak menempuh jem. Nak naik kenderaan awam macam malas nak jalan ke sana ke sini. Nak terus sampai je senang. Tapi malas hadap jem.

Itu yang tak pergi pergi lagi tu. Banyak pula songehnya kan! So tengok je lah dari kejauhan. Yang saya tahu apa yang menarik di KL Tower ni ada sky deck, sky box, restaurant Atmosphere 360, observation deck, tower walk dan shopping mall.

Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti di Menara Kuala Lumpur dan sekitarnya. Cuma saya je lah yang tak sampai sini dan tak explore lagi. Tunggu masa yang sesuailah baru kita pergi. Entah bila tak tahu lah...