Dalam bulan Ramadan ni dah 2 kali membeli kopi di The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) untuk moreh. Haritu encik suami beli 2 kopi percuma sepotong kek. Tak sempat nak memotret masa tu sebab kurang sihat. Mood kelaut dalam cerita dia.

Beberapa hari lepas encik suami beli lagi kopi di CBTL. Kali ni hanya rajin nak memotret kek sahaja sebab kek rare, kek cendol! Kek baru di CBTL kah? Menu kopi macam biasalah hazelnut latte panas dan caramel macchiato panas. 

Kek Cendol

Ada lapisan cendol, kacang merah dan juga santan. Atas sekali macam karamel. 

Kek Cendol

Rasa dia tak lah pelik mana, terasa jugalah rasa cendol tu. Cuma bahagian santan kot yang putih tu macam tebal sangat. Rasa tak best pula kalau makan lapisan tu banyak sangat. Tapi kek cendol ni tak manis sangat macam air cendol. 

Cukuplah makan sepotong kongsi berdua buat rasa-rasa. Peminat CBTL bolehlah beli 2 handcrafted beverages, free any dessert ekslusif di Bulan Ramadan bermula jam 5:00 petang sehingga tutup.