February walaupun pendek tapi sangat manis untuk dikenang. Goodbye February. Welcome March! Bulan Mac kita akan bertemu Ramadhan.

Semoga kita diberikan peluang bertemu Ramadan dan menjalani ibadah puasa serta ibadah-ibadah yang lain dalam bulan Ramadan nanti yang bakal tiba beberapa hari lagi. Minggu depan je kan.

Bulan Mac 2024, bermula lah cukai perkhidmatan (SST) 8% berbanding sebelum ni 6%. SST pun tak nak kalah, nak sama naik juga dengan harga barang-barang lain. 

Bulan Mac ni banyak selain kita akan menyambut bulan Ramadan, akan bermula juga sesi persekolahan untuk 2024. Selamat kembali sekolah untuk anak-anak, adik-adik semua. 

Hidup sedikit keras untuk bulan Mac dan April ni. Untuk persiapan sekolah dan persiapan raya, belanja itu bakal terlebih sikit daripada biasa. Kena bersederhanalah kita ye. 

Apa-apa pun semoga yang baik-baik sahaja di bulan Mac ni. Aamiin...

Bab 3 : Mac 2024

Page 61/366
Sometimes the right path is not the easiest one.
May the light at the end of the tunnel be the reminder that every struggle is temporary.

Cuti umum/ Public holidays Mac 2024

4 Mac 2024 (Isnin) – Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu)
12 Mac 2024 (Selasa) – Awal Ramadan (* Johor, Kedah & Melaka)
23 Mac 2024 (Sabtu) – Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor)
28 Mac 2024 (Khamis) – Hari Nuzul Al-Quran )Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
& Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu)
29 Mac 2024 (Jumaat) – Good Friday (Sabah & Sarawak)

Sambutan pada bulan Mac

Hari Khamis Kedua Mac – Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia (World Kidney Day)
8 Mac – Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Women's Day)
14 Mac – Sambutan Hari Pi (Pi Day)
14 Mac – Sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia (International Day of Action for River)
15 Mac  – Sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia (World Consumer Rights Day)
20 Mac  – Sambutan Hari Burung Pipit Sedunia (World Sparrow Day)
20 Mac – Sambutan Hari Kegembiraan Antarabangsa (International Day of Happiness)
21 Mac – Sambutan Hari Hutan Sedunia (International Day of Forests)
21 Mac – Sambutan Hari Menanam Pokok Sedunia (World Planting Day)
21 Mac  – Sambutan Hari Penghapusan Diskriminasi Kaum Antarabangsa (International Day for the Elimination of Racial Discrimination)
21 Mac – Sambutan Hari Hutan Antarabangsa (International Day of Forests)
21 Mac – Sambutan Hari Down Syndrom Sedunia (World Down Syndrome Day)
21 Mac – Sambutan Hari Puisi Sedunia (World Poetry Day)
21 Mac – Sambutan Hari Kayu Sedunia (World Wood Day)
22 Mac – Sambutan Hari Air Sedunia (World Water Day)
24 Mac  – Sambutan Hari Tibi Sedunia (World Tuberculosis Day)
26 Mac – Sambutan Hari Ungu (Purple Day)