Dari pelantar pemerhati 2 melalui tangga taubat, kami teruskan perjalanan dan sampai di pelantar pemerhati 1 yang ada kerusi dan meja kayu yang dah usang. Berhampirannya ada dua papan tanda maklumat. 

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka
Peta dan gambar laluan Bukit Batu Putih Tanjung Tuan
 
Boleh lah baca-baca sikit di papan maklumat yang disediakan ni. Sambil tu boleh berehat kejap. Tak lama kami di sini, ambil gambar, baca sikit dan teruskan perjalanan.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka
Peta laluan penghijrahan burung pemangsa

Tangga lagi??? Dia auto lemah kalau nampak tangga lagi setelah naik tangga taubat tu. Nasib baiklah tangga dia tak sebanyak tangga taubat tu ha. Taubat weiii...

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Di pondok berbumbung ni ada juga maklumat disediakan. Nak berehat di sini pun boleh. Kami terus terus je lah. Nampak tangga lagi, saya ikut tepi tangga tu. Tak sanggup nak bertangga lagi. 

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Kalau nampak pondok ni kira nak sampai dah tu. Yeay, dah sampailah kita di Cape Rachado Lighthouse. Akhirnya!

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Nampak tak laluan terang tu, laluan tu boleh lalu juga untuk ke gua bawah lighthouse ni katanya. Kalau ada kesempatan nak ke gua sahaja, bolehlah terus ke lighthouse ni ikut jalan tar dan ikut laluan belakang lighthouse ni.

Dari lighthouse juga boleh terus ke Pulau Intan juga kalau nak cepat tanpa perlu bermula dari Pantai Keramat macam kami.

Dari atas kami turun ke bawah melalui tangga putih. Haa nak turun pun rasa longgar lutut. Ku teruskan jua.

Ambil gambar I 💗TER (Taman Eko Rimba) Tanjung Tuan @Melaka. Haa terang-terang Melaka tu. Jadi jangan keliru. Selama ni saya dok ingat Tanjung Tuan ni Port Dickson, rupanya Melaka!

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Ambil gambar lighthouse juga dari kejauhan. Nampak cantik pula permandangan dari celah-celah dedauan tu.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Di sini ada peniaga jual air minuman sejuk dan buah-buahan potong. Kami beli air 100 Plus je konon nak tambah stamina. Sekali jadi lemau terus. Badan rasa berat bila minum air manis banyak. Memang sedap minum lega tekak bila cuaca panas. Tapi tak bagus sebenarnya bila banyak minum air.

Benda dah minum, kita hadap je lah. Kena push diri sendiri untuk maju ke depan. Muka dah barai pucat minta nyawa tapi masih bersemangat lagi untuk meneruskan full loop Tanjung Tuan. Ayuh!!!

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Mula dari pelantar pemerhati 2 : 10:54 am (dari pelantar pemerhati 1)
Tiba di Lighthouse : 11:01 am
Tempoh masa : 7 minit (+ ambil gambar)
Tahap kesukaran : mudah
Destinasi seterusnya : Glass view point/ Glass deck

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Jalan mudah untuk ke Cape Rachado Lighthouse ni boleh je dari pintu masuk ikut jalan ber terus sampai sini. Ramai pengunjung datang sini dengan keluarga lepak di lighthouse ni. Bukan semata-mata untuk beriadah hiking je. 

Taman Eko Rekreasi yang menarik untuk berkunjung sambil beriadah. Masuk pun percuma je tak perlu bayar apa-apa. Cuma mengah jugalah kalau tak biasa laluan mendaki. Even jalan tar pun jenuh juga nak sampai atas.