Kita ni suka ambil gambar walau dimana sahaja berada. Handphone tu sentiasa ditangan supaya senang nak merakam apa yang menarik perhatian semasa dalam perjalanan kemana-mana. 

Salah satunya replika tengkolok yang ada dimana-mana ni. Sebelum ni saya pernah ambil gambar tengkolok di Bukit Putus, Ulu Bendul Kuala Pilah.

Yang tu dapat ambil gambar elok sebab berhenti ambil gambar. Masa pergi Jasin haritu dapat juga ambil gambar replika tengkolok di pekan Jasin. Nampak dari jauh, kita dah bersedia untuk ambil gambar. Gambar ni je lah yang nampak macam okay elok dalam bingkai gambar. 

Replika Tengkolok

Kemudian haritu balik dari hiking Bukit Batu Sawa melalui pekan Jelebu perasan tengkolok songket berwarna biru ni. Kita pun cepat-cepat on camera dan ambil gambar. Ini je lah gambar terbaik yang dapat diambil.

Replika Tengkolok

Tengkolok ni ada pelbagai jenis dan namanya mengikut negeri. Tengkolok menggambarkan ketinggian seni, budaya dan warisan Melayu. Keseniaan dan keunikannya boleh dilihat melalui susun atur lipatan. Satu usaha yang bagus untuk memperkenalkan tengkolok kepada orang ramai terutamanya pengunjung dari luar.