Tahun baru ni marilah kita tanam semangat baru, lebih menjaga kesihatan dan amalkan gaya hidup yang sihat. Seperti kempen yang pernah diwar-warkan dulu, berjalan 10,000 langkah sehari.

BERJALAN

Berjalan adalah salah satu aktiviti fizikal yang paling mudah, percuma dan sesuai untuk sesiapa sahaja. Ia memberi faedah kepada kesihatan secara fizikal dan mental.

FAEDAH BERJALAN SECARA KONSISTEN

  • Mengekalkan berat badan ideal
  • Menguatkan tulang dan otot
  • Mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, kanser dan darah tinggi
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Meningkatkan paras hormon endorfin yang menggalakkan perasaan positif
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai untuk menjaga kesihatan dengan mengamalkan aktiviti berjalan secara konsisten 10,000 langkah sehari.

Berjalan 10 000 Langkah sehari

Tip sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal yang disarankan oleh KKM

  • Memakai pakaian dan kasut yang sesuai dan selesa
  • Kekal hidrat. Minum air kosong secukupnya
  • Ambil kira ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan kecederaan termasuk faktor cuaca
  • Pakai pelindung seperti krim pelindung muka dan topi

Berjalan 10 000 Langkah sehari

Amalkan budaya hidup aktif dengan berjalan 10,000 langkah sehari dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti :
  • Penyakit jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Diabetes
  • Kemurungan 
  • Obesiti

sumber imej dan info : KKM