Nampaknya hari ni cerita pasal kasut je lah ye. Oleh kerana kasut untuk berlari dah beli. Lepas tu beli kasut khas untuk hiking pula. Kalau tak kerana kasut lama dah uzur, tidaklah kita membeli yang baru. Kasut pun pandai penat juga kan. 9 dah tahun berkhidmat. Mana tidaknya uzur.

Kasut hiking saya pilih Adidas TERREX Soulstride Flow Trail Running Shoes yang khas untuk hiking yang agak mesra bajet lah untuk pilihan yang saya nak. 

Terberkenan dengan design kasut Adidas TERREX Soulstride Flow Trail Running ni sebab design dan warnanya yang menyerlah, Impact Orange!

Adidas TERREX Soulstride Flow Trail Running Shoes

Selain orange ada warna merah dan garisan kuning di tepinya.Warna menyerlah macam ni yang saya suka. Kalau boleh nak warna pink tapi nan hado. Apa yang saya perasan design kasut adidas sekarang mostly warna putih atau hitam. 

Adidas TERREX Soulstride Flow Trail Running Shoes

Tak ada pilihan lain, kita pilih je lah yang ni. Terrex ni sesuailah untuk hiking dengan tapak getah continental ni. Tapak pun bukan sekadar getah yang terbaik, ada corak-corak lagi tu. Menarik juga ye. Harapnya tahan lama lah. Kalau boleh jangan cepat ranap, rabak poket!

Adidas TERREX Soulstride Flow Trail Running Shoes

Rancangnya sebulan sekali atau dua kali hiking bukit yang dekat-dekat dan trail mudah. Semoga terus semangatlah ye bila dah ada kasut baru ni.