Konsert Akhir/ Final All Stars Gegar Vaganza 10 (GV10) 2023 yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada 10 Disember 2023, hari Ahad, jam 9.00 malam menyaksikan 8 peserta akhir berentap bagi merebut gelaran Juara GV 10.

All Star Gegar Vaganza 10 GV10 2023

Final GV10 disiarkan secara eksklusif menerusi saluran 104 Astro Ria dan distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO dan juga live streaming di platform Sooka.

Pertama kalinya dalam lipatan sejarah Gegar Vaganza menyenaraikan seramai 8 peserta layak ke konsert Akhir/ final Gegar Vaganza. Sejarah juga tercipta dimana setiap peserta membawa 3 tugasan berbanding dua tugasan pada musim-musim GV sebelum ini.

Buat pertama kalinya juga Konsert Akhir/ Final All Stars Gegar Vaganza diadakan dalam venue yang besar apabila Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur dipilih sebagai venue untuk Konsert Akhir/ Final All Stars Gegar Vaganza 10 (GV10) 2023.

Senarai tugasan peserta All Stars Gegar Vaganza (GV10) 2023

3 persembahan peserta terdiri daripada tugasan solo, duet dan battle berkumpulan.

Pusingan 1 : Solo

Tema : Bebas

  1. Siti Nordiana - Kisah hati (Datin Alyah)
  2. Tomok - Seberapa pantas (Sheila On 7)
  3. Azharina - Halo (Beyonce)
  4. Nikki Palikat - Tragedi buah epal (Anita Sarawak)
  5. Naqiu - Nur Nilam Sari (Dato' Awie & Search)
  6. Hady Mirza - Making love out of nothing (Air Supply)
  7. Jaclyn Victor - When you believe
  8. Liza Hanim - My heart will go on (Celine Dion)

Pusingan 2 : Duet

Siti Nordiana & Irfan Seventeen - Kemarin (Seventeen)
Tomok & Armand Maulana - Terbang (gigi)
Azharina & Dato' Ramli Sarip - Kamelia (Sweet Charity)
Nikki Palikat & Dato' Zainal Abidin - Jauh (Dato' Zainal Abidin)
Naqiu & Cakra Khan - Kekasih Bayangan (Cakra Khan)
Hady Mirza & Dayang Nurfaizah - Seandainya masih ada cinta (Dayang Nurfaizah)
Jaclyn Victor & Dato' Jamal Abdillah - Sandarkan pada kenangan (Dato' Jamal Abdillah)
Liza Hanim & Aina Abdul - Terus hidup (Aina Abdul)

Pusingan 3 : Gegaran Battle Vaganza

Kumpulan 1 

  • Siti Nordiana 
  • Tomok
  • Jaclyn Victor
  • Liza Hanim
Lagu : Kill this love (Blackpink)

Kumpulan 2

  • Azharina
  • Nikki Palikat
  • Naqiu
  • Hady Mirza
Lagu : Sorry, sorry (Super Junior)

Keputusan Penuh Pemenang Gegar Vaganza 10 (GV10) 2023

Juara GV10 bakal membawa hadiah wang tunai RM200,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London sumbangan Royale Chulan Hotels & Resorts, saucer dekorasi ruangan sumbangan Ritz Reka dan trofi.

Semua finalis akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 sumbangan Astro, pakej percutian sumbangan Kaki Jalan dan trofi emas ASGV.

Anugerah pilihan Bos Susu : Naqiu (Pemenang akan membawa pulang RM10,000)
Anugerah bintang paling power meow (Markah tertinggi dari juri) : Jaclyn Victor
Bintang Cuckoo paling gempak (Undian peminat) : Naqiu
Anugerah gegaran generasi Juara (Undian peminat) : Siti Nordiana

Carta kedudukan dan keputusan markah keseluruhan peserta 

Juara : Jaclyn Victor - 80.10%
Naib juara : Hady Mirza - 75.74%
Tempat ketiga - Nikki Palikat - 73.18%
Tempat keempat - Liza Hanim - 72.34%
Tempat kelima - Naqiu - 72.18%
Tempat keenam - Tomok - 71.46%
Tempat ketujuh - Azharina Azhar - 69.64%
Tempat kelapan - Siti Nordiana - 61.14%

Senarai Juara gegar vaganza 1- 10

Juara GV 1 : Ayai Ilusi
Juara GV 2 : Siti Nordiana
Juara GV 3 : Azharina
Juara GV 4 : Datuk Aishah
Juara GV 5 : Noryn Aziz
Juara GV 6 : Naqiu & Hady Mirza
Juara GV 7 : Cliff Umar
Juara GV8 : Aliff Aziz
Juara GV9 : Jaclyn Victor
Juara GV 10 : Jaclyn Victor