Semalam encik suami DM di instagram, Starbucks ada promo Buy 1 FREE 1. Kita pun cakaplah, nak belanja ke? Balik kerja encik suami singgahlah membeli. Alang-alang baki masih banyak dalam apss. Saya pesan air Malbatt Misi Bakara, nak cuba rasa. 

Minuman lagi satu, macam biasa Caramel Macchiato panas yang tak boleh nak tinggal. Wajib beli! Air Starbucks X Malbatt Misi Bakara ni kolaborasi sempena Filem Malbatt Misi Bakara ditayangkan di pawagam pada 24 Ogos 2023 yang lalu.

Sepatutnya air dia ada celoreng-celoreng, hijau dan coklat. Tapi kenapa air ni nampak plain dan nampak green tea original je? Sepatutnya ada chocolate drizzle on top tapi tak ada pula. Salah bagi ke macamana entah. Dah balik baru nak membelek, begitulah jadinya. 

Baru Nak Mencuba Air Starbucks Malbatt Misi Bakara

Air Malbatt Misi Bakara X Starbucks ni adalah air green tea hazelnut chocolate. Air green tea dengan syrup hazelnut, chocolate drizzle on top dan upside down untuk nampak celoreng askar tu. Tapi itulah, yang saya dapat tak rupa macam air Malbatt Misi Bakara.

Rupa macam air green tea cream frappe yang biasa je. Entah siapa yang salah, ku tak tahu...