Telefilem Istana Firdaus bersiaran pada hari Isnin, 14 Ogos 2023 jam 8:30 malam di saluran TV9 lakonan Fasha Sandha, Redza Rosli dan Nik Adam Mika.

Istana Firdaus, telefilem tahun 2018 pernah ditayangkan di TV3 merupakan telefilem arahan Along Kamaludin dengan karya skrip oleh Zuli Ismail terbitan syarikat produksi MEL Corporation (M) Sdn. Bhd.

Telefilem Istana Firdaus TV9

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS ISTANA FIRDAUS

Pelakon Istana Firdaus terdiri daripada Fasha Sandha, Redza Rosli, Nik Adam Mika, Datin Fadilah Mansor, Azmi Osman, Forzan Ghazali, Sazali Saminan, Nisa Rissa Isa dan ramai lagi.

  • Fasha Sandha sebagai Liza
  • Redza Rosli sebagai Kamal
  • Nik Adam Mika sebagai Danial
  • Datin Fadilah Mansor sebagai Maksu

Istana Firdaus mengisahkan tentang pasangan Liza dan Kamal yang mempunyai dua orang anak. Disebabkan kekangan kehidupan dan kesibukan bekerja, anak bongsunya, Darwish yang baru berusia dua bulan terpaksa dihantar ke rumah pengasuh.

Malangnya, hari pertama anaknya itu dihantar ke sana, Darwish meninggal dunia kerana tersedak susu. Kematian si anak menyebabkan Liza mula meroyan dan tidak dapat menerima hakikat kematian anak bongsunya sehingga mengabaikan anak sulungnya, Danial yang baru berusia lapan tahun.