Tonton Filem Coast Guard Malaysia Ops Helang di pawagam seluruh Malaysia bermula 2 Februari 2023. Kisah tentang Special Task And Rescue (STAR) atau Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim dibintangi pelakon Saharul Ridzwan, Adlin Aman Ramlie, Hazama, Julia Farhana, Fizz Fairuz, Wanna Ali, Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Iman Zulkarnaian, Azlan Komeng, Yuzz Nor, Kodi Rasheed dan ramai lagi.
Tiada Pengakhiran untuk setiap Perjuangan…

FILEM COAST GUARD

Tarikh tayangan : 2 Februari 2023
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Arie Zaharie Production
Genre : Aksi


PELAKON DAN WATAK

  • Saharul Ridzwan sebagai Leftenan Maritim Hafiz
  • Adlin Aman Ramlee
  • Julia Farhana Marin sebagai Leftenan Melati
  • Hazama Azmi Hazama Kadok
  • Sabri Yunus sebagai Pak Am
  • Aziz M. Osman sebagai Rahmat
  • Sherie Merlis sebagai Khatijah
  • Akmal Ahmad sebagai Rima
  • Wanna Ali sebagai Nadia
  • Azlan Komeng sebagai Pak Tam
  • Yuznor sebagai Mambang
  • Trisha Ooi sebagai Trisha
  • Kodi Rasheed sebagai Bintara Muda (M) Mat Bon
  • Fizz Fairuz sebagai Bintara Muda (M) Norman
  • Aman Nassim sebagai Bintara Muda (M)Jambu
  • Iman Zulkarnain sebagai Bintara Muda (M) Iman
  • Gambit Saifullah sebagai Bintara Muda (M) Shamil
  • Eqy Affandi sebagai Bintara Muda (M) Eddy

SINOPSIS FILEM COAST GUARD

Filem Coast Guard ini memaparkan kisah kehidupan pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) iaitu Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau kerana mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) setelah kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi menyelamat. 

Hafiz juga membawa tunangnya, Nurul untuk tinggal bersamanya setelah memutuskan untuk berkahwin dengannya. Namun, ketika majlis sambutan pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu bapanya serta beberapa orang tetamu lain termasuk beberapa anggota maritim lain untuk dijadikan tebusan. 

Melati (Julia Farhana), seorang anggota maritim telah ditugaskan untuk menyelesaikan krisis dan menumpaskan kumpulan penjenayah tersebut telah menemui dan menyelamatkan Hafiz dan bapa Nurul. Berdendam dengan penjenayah tersebut, Hafiz berganding bahu dengan Melati demi menyelamatkan buah hatinya dan tebusan-tebusan lain.

LAGU TEMA (OST) FILEM COAST GUARD

Lagu : Yes Sir
Penyanyi : Zamani Slam dan Ariff Peter