Selamat tahun baru 2023! Mari buka buku baru Bab 1 : Januari 2023. Penutup buku tahun 2022 yang berakhir dengan kesedihan. Bukan mudah untuk menghadapi kehilangan orang yang kita sayang. Kasih seorang abah sepanjang masa sampai bila-bila. 

Tahun 2023 perlu bangkit walaupun payah. Kita cuba kuat untuk meniti hari-hari yang mendatang. Walau luaran kita nampak kuat dan gembira. Kesedihan dan rapuh hati ini hanya Allah yang tahu. Teruskan kuat wahai hati!

Mari buka buku baru, coretkan kenangan baru di muka surat baru. 

selamat tahun baru 2023

Apa azam tahun baru? Masih kekal dengan azam kurus ke tu? Kalau tanya saya. Ye, masih bercita-cita untuk kurus. Harap ada usaha gigihlah untuk tahun ni. Jangan asyik kelaut dan cheat day je hari-hari. Mana mahu kurus gitu.

kalendar januari 2023

Page 1/365
Still the same women
with the same name
Just a different mission
with a new growth game
baca juga : koleksi ucapan selamat tahun baru 2023

Cuti umum Malaysia Januari 2023

1 Januari 2023 (Ahad) –Tahun Baru Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
2 Januari 2023 (Isnin) – Cuti Tahun Baru Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
14 Januari 2023 (Sabtu) – Hari Keputeraan YDPB N. Sembilan N. Sembilan
22 Januari 2023 (Ahad) – Tahun Baru Cina Semua Negeri
23 Januari 2023 (Isnin) – Tahun Baru Cina Hari Kedua Semua Negeri
24 Januari 2023 (Selasa) – Cuti Tahun Baru Cina Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu

Sambutan bulan Januari

1 Januari 2023 (Ahad) – Sambutan Tahun Baru (New Year's Day)
26 Januari 2023 (Khamis) – Sambutan Hari Kusta Sedunia (World Leprosy Day)
31 Januari 2023 (Selasa) – Sambutan Hari Kanak-Kanak Jalanan (Street Children's Day)

Selamat tahun baru 2023 dan selamat sambung cuti sempena sambutan tahun baru. Bulan Januari 2023 ada banyak cuti umum juga. Boleh rancang cuti-cuti dan balik kampung bila cuti panjang tahun 2023.