Tolonglah jangan nampak depan mata! Kan dah terbeli lagi. Alasan beli sebab haritu encik suami kata cantik macam hologram backgorund. Nama pun Iridescent (irəˈdes(ə)nt) memang berwarna warni lah cerita dia. Iridescent holographic kot.

Tengok dalam post Starbucks nampak macam warna putih tapi sebenarnya warna soft purple dengan kesan holographic. Cantik! Starbucks Iridescent Purple Stainless Steel Tumbler dengan konsep minamist yang baru dikeluarkan pada awal bulan Disember haritu.

Haritu beli stainless steel mint tumbler tak bertutup penuh. Kali ni beli dengan penutup penuh dan tahan panas sejuk sehingga 4 jam katanya lah. 

starbucks iridescent purple stainless steel tumbler

Starbucks Iridescent Purple Stainless Steel Tumbler
  • Elegant pattern of siren with iridescent purple painting
  • Double wall vacuum insulated tumbler
  • Trusted flip lid for spill resistant functionality
  • Taper body design for comfortable grip
  • Keeps beverages hot or cold up to 1.5 hours and 4 hours respectively
  • Materials: Stainless Steel body with Polypropylene (PP) lid
Penutup tumbler yang bagus, elakkan air tertumpah dan keep warm. Boleh buat jadi pemegang juga ni kalau susah nak pegang tumbler.

starbucks iridescent purple stainless steel tumbler

Esok bermula 13 Disember, ada diskaun untuk pembelian kedua merchandise Holiday Season. Dapatlah beli tumbler dengan harga murah sikit daripada harga biasa.

Harini pun ada banyak tawaran 12.12. Tak sempatlah nak grab seventi minuman Starbucks. Biasa beli venti size daripada grande. Baru puas minum. 

Musim musim hujan ni dapat setumbler kopi caramel macchiato hot memang syok lah. Nikmat hirup kopi panas.

Sedang menaip entry ni, kebetulan hujan lebat. Nampak gaya macam hujan lama je ni. Ada baca juga post notis kesiapsiagaan dari Jabatan Pengairan dan Saliran katanya kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pahang. 

Kawasan hotspot yang terlibat dengan banjir kena alert dengan keadaan semasa. Risau juga kalau tiba-tiba air naik.