Hidup ini hanya sekali dan hidup ini hanya sementara. Hidup ini jangan terlalu serius, ada kalanya kita kena menikmati bahagia dengan cara kita. Jangan menyibuk hal orang kerana nanti mulalah syaitan berbisik supaya kita dengki. Jangan dibanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain kerana jalan hidup dan rezeki masing masing berbeza.

Jika hidup kita lebih daripada orang lain, jangan ingat kita hebat. Hdup ini jangan terlalu mendongak ke langit. Bila dalam kesusahan pula hidup ini jangan menyusahkan orang. Usaha selagi mana termampu. Begitulah kehidupan, istighfar dan bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. 

Nak hidup bahagia, jangan lakukan 10 hal ini dalam hidup. InshaAllah...tenang...

Jangan Lakukan 10 Hal Ini Dalam Hidup
sumber : pidotarts



Jangan lakukan 10 hal ini dalam hidup

1. Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.
2. jangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita.
3. jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.
4. Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.
5. Jangan mengata orang. Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.
6. Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.
7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.
8. Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa.
9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.
10. Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.