Beberapa hari ni belum sempat blogwalking lagi. Penat balik kampung belum hilang lagi nampaknya. Balik dari kampung, nak buka pintu pagar terpandang bungkusan di sebelah tembok dalam rumah. Eh, bungkusan apa pula? Bukan ada beli barang apa-apa pun.

Ni mesti hadiah dari blogger ni, fikir saya. Haa memang betul pun! Dah angkut barang masuk rumah, kemas barang. Barulah sempat membuat Surprise Box yang tiba entah tak tahu bila tanpa sebarang notifikasi. Tahu-tahu sampai.

Cantik menarik Surprise Box. Surprise Box yang cantik ni dibungkus dengan pembalut berwarna galuh. Lupa pula nak ambil gambar sebelum membuka. Ampunkan saya.

Hadiah Surprise Box Dari Blogger Suriaamanda

Teruja nak tahu apa isi dalam Surprise Box ni. Sekali buka, tudiaaaaa...macam-macam ada!
  • Teddy bear comel
  • Beg kain guni bercorak anime
  • Eye shadow lemooc
  • Pin tudung fareha
  • Lip glaze LEADR
  • Chocolates

Hadiah Surprise Box Dari Blogger Suriaamanda

Cute lah teddy bear ni. Teringat pula zaman bercinta dulu dapat teddy bear. Dari sekecil teddy bear sampailah sebesar teddy bear. Pin tudung fareha pun comel. Baru tahu ada pin tudung fareha.

Hadiah Surprise Box Dari Blogger Suriaamanda

Pek lipstick warna merah Mak Ngah ni menangkap mata betul. Warna merah terang cantik. Mesti kemasan lipstick juga menarik. Ada masa nanti boleh review lagi tentang produk ni. Pertama kali dengar jenama lipstick ni.

Hadiah Surprise Box Dari Blogger Suriaamanda

Bukan lipstick sahaja, eh ada juga eye shadow jenama lemooc. Baru tahu juga kewujudan jenama ni. Cantik-cantik warna eye shadow palette ni. Pink pink saya suka!

Hadiah Surprise Box Dari Blogger Suriaamanda

Terima kasih buat blogger Kak Suriaamanda yang kirimkan hadiah Surprise Box ni. Saya terpilih dalam top komentator bulan Oktober. Rezeki saya dapat hadiah Surprise Box. Alhamdulillah...

Semoga akak suriaamanda dilimpahi rezeki yang melimpah ruah seluas lautan, rezeki yang tak pernah berhenti mengalir seperti air zam zam yang tak pernah berhenti mengalir ke seluruh pelusuk dunia serta Allah permudah segala urusan. Aamiin...

Masa buka Surprise Box ni, terbau bau yang wangi betul. Macam masuk Lovely Lace store!