19 November 2022 Hari Malaysia Memangkah. Maka, media sosial akan dibanjiri dengan gambar-gambar jari berdakwat kekal selepas memangkah iaitu mengundi. "Undi is done". Ramai yang tak sabar nak mengundi ke tu?

Dakwat kekal mengundi di jari ni sikit punya lama nak hilang. Bukan sekadar lama nak hilang, kulit jari akan jadi kering dan nampak buruk. Selepas mengundi nanti boleh gunakan cara hilangkan dakwat kekal mengundi di jari dengan mudah dan cepat.

Walaupun caranya tak lah terus hilangkan sekelip mata tapi dakwat akan jadi lebih pudar dan semakin hilang dengan cepat. Daripada dibiarkan dakwat kekal tu berminggu minggu pada jari, lebih baik kita hilangkan segera.

Tujuan jari dicelup dalam dakwat kekal ni untuk mengelakkan sebarang jenis penipuan pilihan raya. Begitulah ceritanya.

Cara Hilangkan Dakwat Mengundi Di Jari Dengan Mudah Dan Cepat

Cara hilangkan dakwat kekal mengundi di jari dengan mudah dan cepat hilang

Ada beberapa cara untuk hilangkan kesan dakwat kekal pada jari selepas mengundi. Yang terpaling popular dan berkesan adalah cara pertama dan kedua.

Cara pertama

Sediakan :
  • Mangkuk kecil
  • Clorox
  • Air suam
  • Buah Lemon
  • Pelembap
Bancuh clorox dan air suam dalam mangkuk. Rendamkan jari dalam bancuhan clorox dan air suam. Ambil potongan buah lemon dan gosok gosok pada jari sehingga kesan dakwat pudar dan hilang. Kemudian sapukan pelembap selepas menghilangkan dakwat untuk mengelakkan kulit jari kering. Untuk kulit sensitif boleh cuba cara lain.

Cara kedua

Cara terbaru yang terpaling cepat hilang dengan menggunakan krim hair remover veet, micellar clenasing water Garnier dan kapas muka. Jika ada produk ni dirumah, bolehlah cuba.

Caranya dengan sapukan krim hair remover veet pada jari yang berdakwat, spray micellar cleansing water pada kapas dan balutkan jari. Sambil tu gosok-gosok sampailah hilang. Kesan dakwat pada jari dan kuku pun boleh hilang terus.

Selain cara pertama, juga boleh guna cara hilangkan dakwat kekal mengundi di jari dengan bahan-bahan yang lain seperti :
  • Ubat gigi
  • Hand sanitizer
  • Penanggal pengilat kuku
Untuk bahagian kuku boleh gunakan nail buffer jenis nano glass. Selain cara di atas, ada cara lain untuk hilangkan dakwat kekal pada jari yang lebih berkesan? Kongsikan dalam kotak komen dibawah.