Encik suami tanya nak beli apa apa tak sebelum keluar rumah. Laju saya cakap beli biskut Jacob's Baked Crisps yang haritu. Tapi nak perisa sour cream & onion. Tahu-tahu dia beli 2 bungkus, Sour cream & onion dan cheddar.

Seperti yang blogger Nina cakap, Jacob's Baked Crisps sour cream & onion ni terpaling sedap antara cheddar dan original. Jadi kita cuubalah Jacob's Baked Crisps sour cream & onion.

Selepas merasa sekeping Jacob's Baked Crisps sour cream & onion, saya setuju dengan Nina. Memang sedap! Rasa macam biskut sayur macam tu lah. 

jacobs baked crisp sour cream onion

Jacob's Baked Crisps Sour Cream & Onion
Baked No Fried! irresistible crunchiness and coated with generous seasoning of sour cream & onion. Your guilt-free crispy snack is 100% oven-baked and not fried, tasty yet healthy crunch.

jacob baked crisp sour cream onion

Okay dah cuba 2 perisa. Tinggal perisa original je tak cuba lagi. Ada yang cadangkan cicah dengan mushroom soup pun sedap katanya. Stok mushroom soup pek tak ada stok pulak kat rumah. Kita makan begitu sajalah. Pun dah sedap dah.

Nak cicah dengan air teh atau kopi macam tak sesuai. Mungkin lebih sesuai untuk Jacob's Baked Crisps original agaknya. Okay, next!