Akhirnya berjaya juga melepasi cabaran membeli kad Touch 'n Go NFC Melalui aplikasi TNG eWallet. Berhasil ikut tips kad Touch 'n Go NFC melalalui aplikasi TNG eWallet dari Wiser. Sebelum ni nak membeli tak dapat-dapat dan tak ada stok katanya. Bukan saya je, ramai yang susah nak nak mendapatkan kad Touch 'n Go NFC ni.

Daripada perkongsian Wiser, penjualan kad Touch 'n Go NFC ni pattern jualan dia berulang setiap 2 minggu. Rekod sebelum ni sudah lebih 3 kali corak ini berulang. TNG eWallet telah dijual pada 14 Julai, kemudian 28 Julai dan terakhir pada 11 Ogos. Semuanya tepat dengan jarak 14 hari (2 minggu).

Jadi, kiraan tarikh jualan dibuka seterusnya melalui aplikasi TNG eWallet pada hari Khamis, 25 Ogos 2022 seawal 10:00 pagi. Sebelum pukul 10:00 pagi saya dah stand by reload eWallet siap-siap supaya senang nanti terus buat pembelian.

Tepat jam 10:00 pagi saya cuba beli dah heavy traffic dah. Lebih 10 kali saya cuba dan akhirnya dapat juga.

Tips Beli kad Touch 'n Go NFC Melalui aplikasi TNG eWallet

Setiap sesi jualan kad Touch 'n Go NFC akan bertahan sekitar 1 jam lebih je, kemudian aplikasi akan memberitahu kad NFC sudah kehabisan stok. Setakat ini begitulah patternya. Akan datang tak tahu lagi macamana pattern dia samada masih sama atau sebaliknya. Biasalah awal awal ni memang sesak sikit. Nanti dah ramai beli, dah mudah lah kot nak membeli.

Tips Beli kad Touch 'n Go NFC Melalui aplikasi TNG eWallet

  1. Beli pada tarikh jualan dibuka setiap 2 minggu bertarikh : 14 Julai, 28 Julai, 11 Ogos, 25 Ogos dan seterusnya
  2. Tetapkan alarm reminder beberapa minit sebelum waktunya untuk stand by
  3. Pastikan dalam akaun TNG eWallet mencukupi, Total RM15. RM10 untuk kad dan RM5 untuk kos penghantaran.
  4. Alamat tersedia dalam aplikasi TNG eWallet. Boleh isikan alamat lain jika alamat berbeza. Untuk memudahkan proses pembelian dengan cepat, simpan siap siap alamat di dalam whatsapp, telegram atau nota untuk copy paste. 
Nota : Dalam aplikasi TNG eWallet terhad boleh menyimpan 1 alamat sahaja.

Untuk tetapkan alamat, buka aplikasi TNG eWallet > Profil (penjuru kanan atas) > Edit info > Additional info > Contact Information.

Status pembelian saya masih dalam proses. Nanti saya update bila dah sampai kad Touch 'n Go NFC.

Selain pembelian melalui aplikasi TNG eWallet, boleh dapatkan di premis yang terpilih. Mana nak beli kad Touch 'n Go 2022, rujuk Senarai Lokasi jual kad Touch 'n Go NFC.

Atau boleh semak di Enhanced Touch 'n Go Card Participating Outlets berhampiran, cari nombor telefon telefon stesen minyak tersebut. Tanya stok Tounch 'n Go ada ke tidak. Jika ada, cepat-cepat lah pergi beli. Harga RM10 sahaja. Limit seorang sekeping je.