St. Ives soothing chamomile face cleanser hampir habis. Sebelum betul betul habis sampai titisan terakhir, baiklah beli stok awal. Niat di hati nak cuba St. Ives glowing apricot face cleanser tu tapi tak ada. Yang ada cuma St. Ives blemish care tea tree cleanser je.

Rasa macam susah nak cari St. Ives face cleanser ni. Pergi beberapa store Watsons pun tak ada. Dari Pilah ke Seremban mencari. Bila dah jumpa, ada St. Ives blemish care tea tree cleanser je. Itupun tinggal 3 botol. 

Cepat habis ke macamana? Jangan lepas ni tak produce lagi sudahlah. Tak ada yang apricot, tea tree pun bolehlah. Tea tree ni selalunya serasi dengan kulit. Takpa, kita cuba dulu St. Ives blemish care tea tree cleanser. 

Sesuai jugak tu blemish care. Lately seketul dua Cik J muncul tanpa diundang. Terkejut barangkali polar hidup yang berubah sejak puasa. Tidur tak menentu dan rasa letih sikit banyak kerja menggunakan otak. 

Sabajap eh cik J. Harap lenyaplah dikau lepas ni.

st ives blemish care tea tree face wash review

St. Ives Blemish Care Tea Tree Cleanser

Diformulasikna untuk menghilangkan kesan cela pada kulit. Diperbuat dengan asid salisilik dan 100% ekstrak pokok teh semulajadi yang mampu menanggalkan kotoran, minyak dan kekotoran dari permukaan kulit untuk melawan jerawat dan mencegah jerawat dari muncul.

Cara penggunaan

1. Picitkan cecair pencuci muka pada hujung jari dan urut perlahan-lahan pada muka. 
2. Urut dengan gerakan bulatan dengan lembut seluruh wajah untuk peredaran semula jadi kulit.
3. Selepas itu, bilas dan lap kering dengan tuala bersih dengan cara dap dap perlahan.

St. Ives acne control daily face cleanser memang sesuai untuk kegunaan setiap hari. 

Bau St. Ives Blemish Care Tea Tree Cleanser

Jika dibandingkan bau St. Ives soothing chamomile face cleanser dengan St. Ives blemish care tea tree cleanser. Jujur cakap saya lebih sukakan bau St. Ives blemish care tea tree cleanser sebab bau daun tu saya boleh terima lagi berbanding bau bunga yang agak kurang menyenangkan hidung.

Bau tea tree tu macam dah biasa, jadi tak ada masalah dengan bau.

Saya perasan juga, St. Ives blemish care tea tree cleanser  ni lebih berbuih dan lebih best mencuci muka. Membersih kulit muka dengan lebih berkesan lagi. Ye lah kan, fungsi dia pun untuk blemish care macam jerawat, jeragat, white head, black head, parut jerawat dan sewaktu dengannya.

Harga St. Ives blemish care tea tree cleanser, RM20 lebih ada promo. Sebelum ni beli St. Ives soothing chamomile face cleanser RM21 lebih macam tu. 

nota pink :
J : Jerawat
Sabajap : Sabar kejap