Mukmin Pro by Fazura, satu lagi aplikasi yang berkonsepkan gaya hidup Muslim kontemporari komprehensif baru dilancarkan pada 1 April 2022 sempena Ramadhan tiba. Aplikasi Mukmin Pro dikelolakan oleh pelakon dan usahawan terkenal iaitu Nur Fazura Sharifuddin yang lebih dikenali sebagai Fazura atau Faz.

Aplikasi Mukmin Pro bertemakan warna merah jambu dan putih yang sinonim dengan  Fazura.

Mukmin Pro by Fazura

Aplikasi Mukmin Pro boleh digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan akan dikemaskini dari masa kesemasa. Dengan adanya aplikasi seperti ini dapat memberi faedah kepada pengguna menikmati dan memudahkan kehidupan harian dari aspek kerohanian.

Selain itu, Mukmin Pro menawarkan pelbagai ciri dan perkhidmatan, menghubungkan umat Islam di seluruh dunia dan untuk mereka yang mahu mendalami Islam.

Fungsi asas dan ciri khas Mukmin Pro

  • Waktu solat
  • Azan
  • Penunjuk arah kiblat
  • Navigasi ke lokasi masjid berdekatan
  • Doa harian
  • Audio bacaan zikir
  • Al-Quran Digital

Mukmin Pro by Fazura


Program Mukmin Pro

Pelbagai program menarik dan interaktif seperti kelas belajar Tahsin Al-Quran oleh Sheikh Mohamed Elmongy, dan Kelas Asas Tarannum oleh Juara Tilawah Al-Quran antarabangsa, Nor Farhatul Fairuzah.

Mukmin Pro Program

Program Wakaf Al-Quran, pakej Qurban dan Aqiqah di Tanah Suci Makkah serta Infaq makanan kepada golongan memerlukan.

Mukmin Pro Program
 

Keistimewaan Aplikasi Mukmin Pro

Aplikasi Mukmin Pro juga disertakan pelbagai video islamik yang dikemaskini setiap hari dari navigasi video YouTube dan TikTok, selain sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur.

Mempunyai ciri navigasi yang mudah digunakan dan dipelajari. Lebih menarik, aplikasi Mukmin Pro tiada iklan dan tidak perlu log masuk untuk menggunakannya.

Mukmin Pro menawarkan juga pelbagai ciri khas secara percuma serta jaminan perlindungan data pengguna. 

Pengguna boleh memuat turun aplikasi Mukmin Pro secara percuma di App Store dan Play Store