Semalam dah masak ayam goreng kunyit campur kacang panjang. Harini nak menghabiskan separuh lagi stok kacang panjang buat lauk masak ikan kembung masak lemak cili api campur kacang panjang. Lauk 2 in 1 lagi lah kita.

Asyik lauk pauk kering je, ubah selera makan lauk berkuah bersantan pulak lah. Lepas tu tukar menu giliran ikan. Ikan kembung pun baru beli. Ikan kembung segar dan elok elok je rupa dia macam baru naik darat.

Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api Campur Kacang Panjang

Masak cara saya ikut masak lemak cili api negeri sembilan style. Tumbuk atau kisar cili api dan kunyit hidup. Satukan bersama ikan, santan dan garam dalam periuk dan masak guna api perlahan. Masukkan buah asam belimbing buluh.

Bila hampir masak, akhir sekali baru masukkan potongan kacang panjang. Sejak ada buah asam belimbing, saya rajin masukkan asam belimbing berbanding asam keping.

baca juga : ikan mambong masak lemak cili api campur kacang

Tak ada idea nak masak apa, masak je menu 2 in 1. Mudah dan menyelerakan. Untuk tekak kami orang Johor dan Nismilan, kenalah pedas baru ngam.