Semalam encik suami balik rumah, masuk-masuk dia hulurkan sebungkus plastik. Eh, parcel apa pulak. Ni mesti kes courier hantar barang main letak. 

Jenis malas nak hon ke atau asalkan hantar je sudah. Pernah jadi courier main letak je rupanya salah alamat. Tak pasal kita pulak kena contact tuan punya parcel.

Belek belek parcel, pengirimnya dari Syuhada. Ohhh Syu hantar hadiah lah ni. Katanya hadiah dah on the way dalam entry terbaru dia. Tahu-tahu sampai dah.

Hadiah ni sempena jadi top komentator blog Syu. Saya pun hampir lupa sebenarnya. Apa² pun terima kasih banyak-banyak Syu untuk kiriman face mask songket yang cantik dan sampul duit raya yang comel ni. Ada juga button cendawan dan fridge magnet kot rasanya.

Face Mask Songket Dan sampul Duit Raya

Semoga Syu dilimpahi rezeki bertambah tambah berkongsi rezeki. Aamiin...

Boleh gunapakai masa raya nanti walaupun pemakaian face mask bukan lagi diwajibkan diluar. Benda dah biasa pakai. Tak pakai face mask rasa kekok pulak.