Awasss! Jangan terliur tengok makanan disiang hari ye. Ini bukan berbuka awal tapi menu moreh beberapa hari lepas awal puasa rasanya. Teringin makan something untuk moreh. Makanya encik suami keluar membeli Grilled Chicken Foldover.

Yes, Grilled Chicken Foldover is back! Sempena Ramadhan, McDonald’s keluarkan menu Grilled Chicken Foldover bersama menu menu istimewa lain seperti Foldover Ikan Rangup baharu, Nasi Lemak McD™, Ayam Goreng McD™ dan aneka pilihan pencuci mulut

Chicken Foldover McDonalds

Grilled Chicken Foldover

Keenakkan roti pita yang diapit bersama dua kepingan ayam digril, salad segar dengan curahan sos istimewa. 

Chicken Foldover McDonalds

Sejak Chicken Foldover dikeluarkan ni, dah 3 kali membeli. Mulanya saja nak cuba. Eh, macam sedap pulak. 3 hari berturut turut moreh foldover. Lepas tu jemu dah! Cukup setakat itu saja. 

Roti pita tu bukan separuh. Sekeping bulat tu dengan dua kepingan ayam boleh buat kenyang betul. Beli 1 kongsi makan berdua pun dah cukup kenyang dah rasanya. 

Jenuh juga nak habiskan sorang sorang. Buat sahur pun sesuai sangat ni. McD  pun dah beroperasi 24 jam sekarang ni kan.

Kesimpulannya, sedap dan kenyang makan. Mcdonald chicken foldover price RM16.++ set medium dengan fries dan upgrade air milo, tambah RM2.26.