Tak Melaka lah kalau tak pekena Asam Pedas Power bila singgah Melaka. Dah niat dalam hati nak makan asam pedas kali ni. Padahal berkali kali datang Melaka tak pernah pernah nak cuba asam pedas Melaka.

Saja nak uji asam pedas Melaka ni power ke tidak. Percaya atau tidak, inilah pertama kali nak cuba asam pedas Melaka. Seriously! Bunyi macam pelik kan. Tapi itulah realitinya. Memang kalau ke Melaka tak pernah cuba pun asam pedas Melaka.

Baiklah, kali ni kita cuba. Sebabnya lama tak makan asam pedas. Macam teringin lah pulak. Alang alang dah ada kat Melaka. Rugi tak cuba asam pedas power original Melaka. Lepas check out tak rancang nak kemana-mana pun.

Memang nak balik rumah. Hari tu hari Khamis, rupanya banyak kedai makan di Melaka tutup ye? Takpelah, cakap kat suami kita singgah je lah mana mana kedai makan on the way balik tu. Sekali lalu senang tak payah pusing pusing. 

Singgah lah kami kat Medan Selera Ayer Keroh. Terpampang kedai sederet promosi asam pedas. Kami pergi kedai Asam Pedas Melaka 02. Nampak lebih ramai makan kat situ, tandanya sedap lah kan. Saya order asam pedas ikan kembung. 

Ikan pari tak makan, ikan jenahak macam kurang suka, ayam macam tak kena dengan selera, telur ikan mayong tak pernah makan, daging tak berapa suka jugak, tetel tak makan. Sudahnya asam pedas ikan kembung je lah. 

Sekali ikan kembung datang. Tudiaaaa besau ikan kembung. Makan 2-3 orang pun boleh. Jenuh meratah habiskan. Ikan kembung fresh, isi tebal dan lembut. Kuah asam pedas power! Pekat. Manis peda cukup. Mantap betul!

asam pedas medan selera ayer keroh

1 set nasi putih, 2 hirisan timun, ulaman sayur kobis dan asam pedas ikan kembung, RM18.

Encik suami order nasi ayam kukus, porsi ayam besar goreng berempah, semangkuk kecil kuah gulai, semangkuk sambal, 2 hirisan timun dan ulaman sayur kobis. RM10. 

nasi ayam kukus medan selera ayer keroh

Daging goreng berempah dia sedap! Daging ayamnya lembut. Bukan dah siap goreng. Bila order baru goreng, lama sikit tunggu. Tapi puas hati makan panas panas. Saya punya order sampai dulu. Hampir separuh nasi habis dimakan, barulah order encik suami sampai.

asam pedas medan selera ayer keroh

Licin pinggan kami makan. Total termasuk 2 gelas air teh o ais, RM32. Harga setanding rasanya okaylah kan. Sedap! Lain kali boleh repeat makan kat sini lagi. 

Sampai teringat ingat kesedapan asam pedas power tu. Memang powerlah! Terbukti. Dah rasa baru tahu sedap. Hehehe..selama ni jual mahal taknak makan asam pedas.

Parah ni kalau teringat ingat dibulan puasa. Sebab tu settlekan entri makan makan sebelum puasa.

Ayer Keroh Food Court (Medan Selera Ayer Keroh)

Lebuh Ayer Keroh, Taman Muzaffar Shah, 75450 Melaka