Tarteel Al Quran App (A.I Tarteel) atau aplikasi Tarteel Al-Quran, satu lagi aplikasi Al-Quran yang membantu muslimin dan muslimat lebih dekat dengan Al-Quran walau dimana saja berada.

Tartil (bahasa Arab: ترتيل‎) merupakan sebuah bentuk aturan dalam pembacaan Al-Quran yang bererti membaca Al-Quran secara perlahan dengan tajweed dan makhraj yang jelas dan tepat.

Aplikasi Tarteel Al Quran

Aplikasi Tarteel Al-Quran ni dicipta oleh Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-ril, suami kepada pelakon Mira Filzah yang mula diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu.

Ciri-ciri menarik aplikasi Tarteel

A.I Tarteel boleh dijadikan peneman bacaan Al-Quran yang ingin bertilawah, menghafaz Al-Quran, mengetahui bacaan Imam sewaktu terawih atau ceramah, mengesan kesalahan bacaan dan bunyi.

Secara tidak lansung, AI Tarteel dapat memperbaiki bacaan Al-Quran pengguna. Walaupun tidak membaca dengan suara yang kuat, AI Tarteel mampu untuk menjejak pembacaan dari satu muka surat ke muka surat yang lain.

how to read quran with tarteel

App A.I Tarteel menggalakkan umat Islam untuk terus meningkatkan prestasi dan hubungan dengan Al-Quran, tambahan lagi semasa bulan Ramadan ini. Sekiranya berjaya menyempurnakan bacaan, pengguna akan diberikan ganjaran seperti lencana.

Tarteel app downliad menerusi App Store untuk iOS dan PlayStore untuk pengguna Android. Pengguna perlu log masuk untuk menggunakan aplikasi Tarteel ni.